berita

Nikmati Cuti Hujung Minggu Korang Di MinNature Malaysia & Masuk Secara Percuma!

March 19th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Pernah dengar tentang MinNature Malaysia tak? Ia sebuah galeri yang akan memberikan korang pengalaman unik dan menarik. 

Macam korang tahu, Malaysia sememangnya kaya dengan budaya, sejarah dan warisan. Jadi, MinNature Malaysia ini dibina dalam reka bentuk bersaiz mini yang penuh dengan tarikan Malaysia. Ia merupakan peluang yang baik untuk pengunjung mengetahui lebih lanjut tentang keunikan Malaysia.

Galeri ini terletak di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Mereka juga tengah mengalu-alukan kedatangan korang dengan promo yang best tau!

Kemasukan percuma untuk 100 orang terawal

Ha…kalau korang nak tahu, mereka nak beri peluang kepada korang untuk masuk ke galeri tersebut secara percuma bagi 100 orang terawal tau! Tapi tawaran ini tertakluk bagi korang yang datang pada tarikh 20-21 mac, 27-28mac dan juga 3-4 april saja.

Jadi, kalau korang ada kelapangan pada tarikh hujung minggu tersebut bolehlah ke sana. Selain dapat masuk secara percuma, korang juga boleh rasai pengalaman dan tengok dengan lebih dekat pameran budaya dan warisan Malaysia di galeri miniatur ni. 

Selain itu, korang juga boleh kunjungi BookXcess Roadshow di sekitar Sungei Wang Plaza dan dapatkan buku serendah RM 1. 

Beli 1 percuma 1 tiket

Macam korang sedia maklum, kemasukan percuma tadi tu hanya untuk 100 yang terawal saja ya. Kalau yang tak sempat tu macam mana?

Jangan risau! Korang akan dapat tawaran beli 1 percuma 1 tiket. Harga tiket yang ditawarkan pun tak mahal, lepastu dapat pula free 1. Siapa tak nak kan? Bolehlah bawa pasangan korang atau anak-anak nanti.

Jom, rasai pengalaman unik di pameran MinNature Malaysia!

Korang pasti akan terpukau dengan semua butirannya yang kecil tapi hasil kerja tangan halus dan kemas sehingga hampir sama dengan yang asal.

Jadi, apa korang tunggu lagi? Jom lah ke Sungei Wang Plaza dan masuk ke dalam dunia miniatur ini. Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam tau! Kemasukan terakhir pula pada pukul 7.00 malam. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Sungei Wang atau menerusi Facebook mereka sekarang!

SKIP THIS AD ×