berita

Nikmati Dan Ceriakan Hari Lebaran Anda dengan Instax Mini LiPlay. Confirm Hipster Habis!

June 20th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Haa..macam mana raya korang? Mesti meriah kan. Time raya ni je lah boleh berkumpul satu family ramai-ramai, lepastu jumpa saudara mara yang jauh. Betul tak? Bab makanan tak payah ceritalah! Memang semua korang balun.

Dan memang tak complete lah raya kalau takde gambar outfit of the day (OOTD) sendiri atau gambar bersama family kan. Memang sakan melaram dengan fesyen dan gaya tersendiri. Tapi, mesti ada antara korang yang masih terkial-kial nak ambil gambar ala-ala instafamous kan. Tak payah risau! Korang guna je Instax Mini LiPlay

Kombinasi warna Instax Mini LiPlay yang memang cun giler!

Yang mana suka melaram dan bergambar tu, korang wajib ada Instax Mini LiPlay tau. Ia datang dalam tiga warna yang memang lawa iaitu Stone White, Elegant Black dan Blush Gold. Min memang berkenan yang Elegant Black tu. Nampak cool je.

Ketiga-tiga warna Instax Mini LiPlay ni mempunyai texture dan keistimewaanya yang tersendiri. Haa..Warna stone white ni memang confirm jadi pilihan korang. Tengok je lah texture dia! Siap ada feel batu-batu dengan permukaan matt finishing tau.

Bukan itu je, yang Elegant Black pulak sangat sesuai untuk hero kacak yang suka ber-OOTD. Teksturnya pun kasar okay. Haa..permukaan untuk warna Blush Gold pulak sangat halus dan of course sesuai kepada penggemar rona pink macam ni. Menarik kan?

Ini 4 ciri Instax Mini LiPlay yang memang gila gempak!

Untuk pengetahuan korang, Instax Mini LiPlay ni memang rare. Tak pernah lagi model instax yang lain ada features macam yang ni. Instax Mini LiPlay antara model yang boleh tambah bunyi pada foto kenangan korang dengan hanya beberapa steps.

Just rekod dan tukar kepada ciri QR. Kod QR akan dicetak pada gambar korang snap tadi dan sedia untuk dibaca oleh telefon pintar korang. Senang kan!

Selain itu, Instax Mini LiPlay juga kecil dan senang nak bawa ke mana-mana. Ini adalah model terkecil dan paling ringan dalam kalangan barisan instax tau. Antara saiz Instax Mini LiPlay yang ada ialah LiPlay: 255g, mini9: 355g, SQ20: 390g

Yang paling penting, korang boleh snap gambar dengan jarak jauh dan kawal kamera melalui smartphone korang je. Mudah kan? Lepas tu, korang tahu tak sebenarnya dengan menggunakan Instax Mini LiPlay ni korang boleh cetak gambar korang dari telefon pintar dengan sambungan Bluetooth sebagai pencetak tau.

Promosi hebat untuk pengunjung terawal!

Bukan itu sahaja, untuk pengunjung terawal korang berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif bila korang membuat pembelian dengan PWP (purchase with purchase). Hadiah yang korang bakal dapat ialah 1 Instax mini tali bahu dan 1 Instax mini knit cover. Eei bestnya!

Confirm legit dengan Instax Mini LiPlay

Haa..bila dah ada Instax Mini LiPlay confirm korang boleh create momen-momen indah bersama keluarga dan orang tersayang. Gitu! Dengan adanya Instax Mini LiPlay, senanglah korang nak pergi travel ke atau ambil gambar makanan yang macam orang post di Instagram tu. Hehe.

Yang suka ambil gambar pemandangan, seni dan kecantikan juga boleh guna Instax Mini LiPlay ni okay. Confirm makcik-makcik bawang asyik tanya korang guna apa nanti. Iyelah semua gambar korang snap cantik belaka persis juru gambar yang profesional gitu!

Korang yang teragak-agak nak beli ke tak Instax Mini LiPlay ni memang rugi. Jangan fikir banyak kali guys. Kecur air liur nanti. Terlalu besar, terlalu berat, tidak mahu membazir filem? Haa..apa lagi gunalah Instax Mini LiPlay ni.

 

Haa..korang sebenarnya boleh mengimbas kod QR pada cetakan dalam video iaitu dengan imbas untuk mendengar tau. Berita baik untuk korang, pihak penganjur sedang menjalankan pengaktifan Instax Mini LiPlay di Lembah Klang dari 17 Jun 2019  hingga 9 Julai 2019. Korang klik sini untuk dapatkan promosi yang ditawarkan.

Jom dapatkan Instax Mini LiPlay di outlet yang berdekatan dengan korang okay. Untuk sebarang info, korang boleh klik di bawah :

Website : http://instax.fujifilm.my/

Facebook : Instaxclub

Instagram : Instaxclub

SKIP THIS AD ×