berita

Nikmati Ganjaran #LiveLifeLoud Tak Terhingga Dengan Aplikasi Hotlink RED App Terbaru

May 8th, 2014 | by Ai
Shout Out!

Launch of Hotlink RED App (Event Client)-10

Anda pelanggan tetap Hotlink sejak sekian lama? Wow, ternyata kesetiaan anda kepada jenama prabayar Maxis ini akan terbayar dengan munculnya Hotlink RED App yang baru dilancarkan semalam.

Apa tu Hotlink RED App? Kalau anda nak tahu, gambar-gambar yang dimuat naik oleh para selebriti tempatan bersama bola merah beberapa hari lepas sebenarnya berkait rapat dengan kempen ini.

Artikel berkaitan:

Untuk pengetahuan anda, RED App adalah aplikasi terbaru yang membolehkan pelanggan menerima ganjaran kerana ‘Sentiasa Terhubung’ dengan memberikan mereka pelbagai kemudahan yang tidak terhingga.

Launch of Hotlink RED App (Event Client)-1

Pelanggan yang memuat turun Hotlink RED App akan mendapat akses secara automatik kepada ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahun termasuklah jemputan VIP, diskaun dan keistimewaan gaya hidup, akses selebriti di belakang pentas serta pengalaman eksklusif lain.

Pengguna prabayar juga boleh memantau baki dan penggunaan data mereka, menambah nilai dan membeli perkhidmatan internet mudah alih dengan lebih mudah menerusi aplikasi ini.

Launch of Hotlink RED App (Event Client)-7

Sementara itu, menerusi majlis pelancarannya di Bangsar malam semalam, Hotlink telah membuka peluang kepada pengunjung yang hadir bagi menikmati aktiviti-aktiviti menarik seperti melihat persembahan penyanyi secara langsung dan turut serta dalam permainan mini bagi merebut hadiah istimewa.

Launch of Hotlink RED App (Event Client)-4

Antara selebriti dan bintang sosial yang hadir ialah Radhi OAG bersama isteri tercinta, Wak Doyok dan ramai lagi.

Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi menarik ini, sila muat turun Hotlink RED App di Google Play atau layari laman web Hotlink untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×