berita

Nikmati Pakej Gaya Kerja Pintar Tanpa Faedah Dengan Pelan Ansuran HUAWEI. Serius Berbaloi Weyh!

December 19th, 2019 | by Mastura
Sponsored Post

Perubahan gaya hidup yang semakin pantas menjadikan gajet atau peranti elektronik sebagai sesuatu yang mesti dimiliki oleh semua orang. Bayangkan dengan gajet seperti telefon pintar, laptop dan jam tangan pintar dapat membantu korang untuk berhubung dengan sesiapa je walau di mana korang berada.

Miliki peranti HUAWEI dengan harga terbaik!

Melihat kepada trend segalanya di hujung jari, HUAWEI memperkenalkan HUAWEI Together 2020 Business Elite Package di mana korang boleh miliki peranti HUAWEI yang terkini secara ansuran pada harga yang berpatutan! Dapatlah optimumkan kerja korang dengan peranti baru.

Lagi-lagi kalau korang ada business sendiri. Pakej ini dapat membantu perniagaan korang untuk sentiasa satu langkah ke depan dengan penggunaan peranti HUAWEI yang berteknologi tinggi dan mudah dihubungkan hanya dengan pautan bluetooh je.

Jom tengok sikit apa yang best dengan pakej Kombinasi Gaya Kerja Pintar yang ditawarkan pada harga RM25.69/sehari ni.

Sambungan lancar antara peranti. Bestnya!

[Mate 30 Series]

Buat yang sentiasa on the go, semestinya perlukan peranti yang menyokong gaya pekerjaan korang. Tak kiralah bekerja di pejabat atau sentiasa mengembara, pastikan korang memiliki Mate 30 Series untuk melancarkan kehidupan.

HUAWEI Mate 30 Series merupakan telefon pintar pertama di dunia yang memiliki kamera dengan 40MP Cine. Melalui lensa ini, Mate 30 Series mampu merakam video dan gambar yang sangat berkualiti.

Bukan itu je, HUAWEI Mate 30 Series juga mempunyai sistem semula jadi yang dibina untuk menyesuaikan kelantangan bunyi, mengambil selfie atau menikmati kawalan quad-finger games dengan interaksi sentuhan sisi yang inovatif.

HUAWEI Mate 30 Series dilengkapi ciri interaktif  ‘AI private view‘ yang berfungsi dengan isyarat kawalan khusus daripada pengguna dan secara tak langsung membantu memudahkan kerja di samping menjaga privasi korang walau di mana korang berada.

Paling syok, HUAWEI Mate 30 Series dibina untuk menyokong bateri berkapasiti tinggi supaya telefon pintar korang tahan lebih lama. Proses pengecasan dengan teknologi HUAWEI SuperCharge 40W dengan pengecasan pantas tanpa wayar yang mencecah sehingga 27W pastinya membantu melancarkan kehidupan korang.

[HUAWEI MateBook 13]

Perlukan pasangan untuk peranti telefon pintar pada masa yang sama membantu urusan kerja? HUAWEI Matebook 13 Series merupakan jawapan terbaik untuk korang.

HUAWEI Matebook 13 Series dibina dengan keupayaan memindahkan dan sync kerja korang dengan mudah dari telefon pintar ke komputer riba HUAWEI hanya dengan satu tap saja.

Selain itu, korang boleh mengawal peranti dengan menyambungkan telefon pintar dengan koputer riba saja. Jadi, korang akan lebih fokus kepada satu peranti je semasa bekerja.

Tapi, apa yang bestnya dengan penyambungan peranti HUAWEI ni, korang masih lagi boleh gunakan telefon pintar walaupun sedang menggunakan komputer riba dengan kombinasi multi-skrin. Hebat bukan?

Lengkapkan gaya hidup pintar korang dengan peranti pintar HUAWEI yang stylo!

[Watch GT 2 ]

Macam mana nak bersukan atau melakukan aktiviti lasak tapi dalam masa yang sama nak enjoy the moment dan rakam detik tu? Haa.. Apa kata korang gandingkan HUAWEI Mate 30 Series dengan jam tangan pintar Watch GT 2.

Watch GT 2 direka khas bagi korang yang mempunyai gaya hidup aktif. Teknologi jam tangan pintar ini dilengkapi dengan pemantau kesihatan dan penjejak kadar degupan jantung. Korang boleh pasangkan bersama telefon pintar HUAWEI bagi memastikan korang peka dengan keadaan kesihatan korang.

Apa yang menariknya pasal Watch GT 2 ialah keupayaanya untuk membuat dan menjawab panggilan telefon tanpa kewujudan telefon pun. So, bila korang pergi bersukan, tak payah nak bawa banyak-banyak peranti pun! Hanya sambungkan Watch GT 2 korang dengan telefon pintar HUAWEI dan korang boleh buat atau jawab panggilan dengan mudah. Siap boleh mainkan muzik melalui pergelangan tangan tau!

[Freebuds 3]

Mendengar muzik menggunakan earphones merupakan satu kemestiaan, lebih-lebih lagi ketika berkerja atau ketika tak mahu diganggu. Tapi, earphones biasa masih tak mampu menghalang bunyi luar daripada mengganggu korang.

Haa.. Sebab tulah HUAWEI memperkenalkan Freebuds 3 dengan ciri pintar yang membantu korang menikmati muzik mengikut keselesaan pendengaran korang. Reka bentuknya yang ringkas dan trendy pasti memberikan keselesaan ketika penggunaan jangka masa yang panjang.

HUAWEI FreeBuds 3 direka dengan pautan pemilihan saluran bluetooth melalui algoritma yang mampu mengesan peranti sambungan dengan pantas, selain keupayaan utama yang dimiliki iaitu noise cancellation yang boleh membatalkan atau menghalang bunyi luar daripada mengganggu korang.

HUAWEI penyelesaian kepada gaya hidup pintar!

Amacam, menarik kan Kombinasi Gaya-Kerja Pintar ni? Sebenarnya, ada banyak lagi pakej-pakej menarik daripada HUAWEI yang boleh digayakan dengan personaliti dan gaya hidup dengan harga yang bermula serendah RM8.97/sehari je. Paling best, kesemua pelan bayaran ansuran HUAWEI ni, 0% interest tau!

So, apa korang tunggu lagi? Cepat-cepatlah dapatkan pakej-pakej yang gempak ni. Kunjungi website HUAWEI sekarang untuk mula melanggan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan pakej yang ditawarkan ni.

The following two tabs change content below.