berita

Nikmati Pelbagai Manfaat Eksklusif “LBS Perks & Plusses” Untuk Semua Pemilik Rumah LBS. Wow!

August 21st, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Perhatian! Kepada semua pemilik rumah LBS, min ada satu berita gembira untuk korang. Nak tahu apa?

LBS menambah baik semula satu program intimewa untuk pemilik rumah dengan pelbagai manfaat secara eksklusif untuk dinikmati

Sebagai pemaju hartanah yang dikenali di Malaysia, LBS telah memperkenalkan loyalty programme “LBS Perks & Plusses” untuk semua pembeli rumah mereka sejak tahun 1998 lagi tau.

Jom kita tengok apa yang best sangat jadi pemilik rumah LBS ni!

FREE OF CHARGE?

Wehhh…Betul ke LBS nak bagi sesuatu FREE OF CHARGE ni? Yaa, korang akan menikmati manfaat eksklusif ini secara percuma selagi korang ada atau membeli hartanah dengan mereka.

Janji nilai anggarannya minimum sebanyak RM150,000 (selepas diskaun dan rebat)!

Bukan setakat tu jer, korang juga akan menerima e-kad yang boleh digunakan untuk menikmati keistimewaan ini dibawah program “LBS Perks & Plusses”. Ini yang kita mahukan!

Agak-agak korang kat mana jer kita boleh gunakan e-kad ni eh? Haaaa….Nak tahu kat mana tak?

Berikut merupakan rakan kongsi LBS dan tempat yang korang boleh gunakan e-kad ini antaranya ialah :

  • Acson
  • Gintell
  • Goodnite
  • Watsons
  • Decathlon
  • Hotel Brynton
  • Hypergear
  • Zuspresso
  • SCAPES Hotel
  • Kiddocare
  • Pandan Coconut Kuantan
  • Blanc Dental Clinic
  • Bright Empire Hotpot
  • Everybody Electrical
  • Gigabit Hosting
  • M3 Mall
  • The Tun Hussein National Eye Specialist (THONEH)
  • Life Care
  • Columbia Asia

Amacam…Banyak kan? Kalau banyak macam ni memang berbaloi beb!

Bukan nak cakap apa, min pun excited nak beli rumah dengan LBS ni semata-mata nak nikmati keistimewaan ini.

Min rasa tak ada pemaju hartanah lain lagi yang menawarkan keistimewaan macam ni. Memang durian runtuh lah orang cakap!

Kalau korang nak tahu “LBS Perks & Plusses” ini layak dinikmati oleh :

  • Semua pembeli yang sedia ada dan telah mendaftar untuk program “LBS Perks & Plusses” melalui laman web LBS sendiri.
  • Pembeli lama atau (Pra-IFCA) yang menyediakan perjanjian jual beli (SPA) sebagai bukti pembelian.
  • Pembeli baharu yang sudah dapatkan cop pengesahan (SPA).

Berbaloi ke join program ini?

Mesti korang tertanya-tanya adakah berbaloi program yang dianjurkan oleh LBS ni kan? Maklumlah urusan membeli rumah ni sesuatu yang tak boleh dipandang ringan betul tak?

Korang mesti nak manfaat dan keistimewaan yang setimpal dengan apa yang korang bayar betul tak? Baru berbaloi macam tu. Kita untung, pihak pemaju pun untung, ala orang putih selalu cakap “win-win situation”!

Jom min kongsikan antara kebaikan korang join program ini antaranya :

  • Nikmati rebat pembelian di rumah LBS yang seterusnya.
  • Nikmati referral fee, commission jika korang berjaya recommend kan kenalan untuk membeli rumah di LBS Bina)
  • Nikmati pelbagai hadiah seperti baucar, kod diskaun dan lain-lain atau kempen yang akan menguntungkan korang.
  • Boleh sertai pelbagai peraduan dan menangi hadiah-hadiah menarik dan eksklusif.

Nak nikmati semua ni? Tunggu apa lagi, cepat jadi sebahagian daripada keluarga LBS SEKARANG!

Nak cari rumah, ingat LBS!

Set alarm korang untuk event “LBS Perks & Plusses”!

LBS akan mengadakan satu event besar untuk program “LBS Perks & Plusses” yang diberi nafas baharu sekaligus menyambut bulan kemerdekaan Malaysia, bersama-sama semua pemilik rumah LBS.

Maklumat event seperti berikut :

Tarikh: 26 Ogos 2023
Masa: 9.00 Pagi -5.00 Petang
Tempat: Galeri Jualan KITA@Cybersouth, Dengkil

Event ini juga, turut di meriahkan dengan kehadiran rakan kongsi LBS Bina antaranya ZUS Coffee, Gintell, Acson, Goodnite, KiddoCare dan banyak lagi.

Korang juga boleh join pelbagai aktiviti menarik seperti :

  • Face Painting
  • Kite Colouring
  • Beads Bracele
  • Mini Plant Planting
  • Photo Booth

Kalau dah namanya pun event, mesti lah ada cabutan betuah betul tak? Pssttt…Min dengar hadiah kali ni bukan biasa-biasa tau. Nak tahu apa?

Siapa yang bertuah akan memenangi, PS5, Kerusi Urut, Penapis Udara dan banyak lagi weh. Fuhh tak sabar nya!

Jap! Ada lagi, LBS juga akan menyediakan gerai makanan dan minuman untuk semua tetamu mereka, siap ada kambing golek, cendol, buah-buahan, sate dan banyak lagi. Ini baru betul citarasa Malaysia!

Rugi lah siapa yang tak datang. Untuk siapa-siapa yang belum menjadi sebahagian dari LBS, min rasa sempat lagi korang nak sign borang (SPA) LBS. Hehehe!

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari ke laman web rasmi LBS atau ke laman Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×