berita

Nikmati Perjalanan Yang Lebih “Smooth” Bila Korang Travel Dengan MHFlyPass Ni! Hanya Dari RM699

December 10th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Plan nak pergi travel ni memang best! Siap-siap cari tempat makanan, itinerary penuh dan padat dengan segala aktiviti yang ada. Tapi yang tak berapa nak best masa menunggu dekat airport tu! Bukan itu sahaja, nak tunggu check-in beg pun boleh ambil masa yang agak lama kan?

Kalau sesekali pergi travel tu takpe lagi, kalau selalu sangat pergi travel sama ada untuk bercuti atau berkerja tu, memang rasa letih betul!

Ha sekarang ni korang tak payah risau, ada pass yang boleh bantu korang untuk smooth kan perjalanan korang tu!

Hanya dari RM699, MHFlyPass ni dah boleh bantu lancarkan perjalanan korang!

Tengok harga korang dah tahu mesti akan ada banyak manfaat yang pengguna boleh dapat dengan pass ni.

Memang tak nampak macam mudah tapi bila korang dapat melepasi semua orang yang tengah sesak-sesak beratur tu dengan mudah, mesti korang akan rasa sangat-sangat bertuah lah beli pass ni!

Korang boleh plan 3 return trip atau 6 trip sehala untuk setahun terus tau dengan pass ni!

Unlimited Go-Show dan Percuma penukaran tarikh*!

Lepas ni boleh terus je tarik beg korang ke depan untuk drop bag sebab dengan MHFlypass ni, korang akan dapat keutamaan untuk check-in, bag drop dan juga untuk boarding!

Bestnyaaaa! Lagi-lagi yang memang travel untuk berkerja tu, smooth je dari pintu masuk terus diberi keutamaan untuk semuanya, tup, tup dah duduk dekat seat dan boleh berehat!

Korang juga boleh dapat Unlimited Go-Show dan percuma penukaran tarikh (tertakluk kepada ketersediaan kerusi).

Tempat duduk yang diberikan ialah tempat standard dan tiada tarikh hitam tau! Bila-bila je boleh fly dalam setahun tu.

Bukan itu sahaja, dapat complimentary snek atau makanan serta minuman!

Memang tak payah fikir apa-apa lah dengan pass ni. Snek pun korang boleh dapat!

Siap dapat sehingga 1599 Enrich Points serta elaun bagasi tambahan sehingga 35kg untuk check-in dan 7kg untuk Cabin **!

Ada 3 jenis MHFlypass yang korang boleh pilih iaitu:

Zon 1: Penerbangan dari satu tempat ke satu tempat lain di dalam Semenanjung Malaysia sahaja, atau dalam Sabah sahaja, atau dalam Sarawak sahaja.

Zon 2: Penerbangan di antara Sabah atau Sarawak dan Kuala Lumpur atau dari mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia melalui transit di Kuala Lumpur.

Zon 3: Penerbangan dari mana-mana lokasi di antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak melalui transit di Kuala Lumpur.

Korang boleh dapatkan pass ni dengan cara di bawah!

Mudah je kan? Lepas ni tak payah dah kalut bila dekat airport! Klik link INI untuk terus dapatkan pass ni! Selamat bercuti!

SKIP THIS AD ×