berita

Nikmati Rabbit Wonderland Di Sunway Lost World of Tambun Pada Tahun Baru Cina Ini!

January 17th, 2023 | by Alia Natasha
Kini Trending

Berita baik untuk korang yang mungkin masih lagi taktahu di mana mahu menikmati pengalaman bercuti ketika Tahun Baru Cina ni!

Kalau korang nak tau pada 20 Januari sehingga 29 Januari 2023, Sunway Lost World of Tambun telah menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina dimana taman-taman akan diterangi dengan tanglung dan dihiasi dengan bunga-bunga yang beraneka warna.

Mereka juga mengadakan pelbagai acara, hadiah dan traditional practices yang telah disediakan untuk memberikan keseronokan dan keterujaan yang penuh untuk korang!

Konsep Rabbit Wonderland ni diilhamkan oleh Hobbit House dimana susun atur pameran ini akan mempunyai 14 lubang hobbit yang berbeza dan unik yang menempatkan 14 baka arnab yang rare di dalam setiap lubang.

Tema yang mereka gunakan pada tahun ini ialah Water Rabbit. Zodiak untuk Water-Rabbit membawa maksud seorang yang terkenal, intuitif dan bertimbang rasa tetapi untuk konsep ini ia lebih membawa simbol umur yang panjang, keamanan dan kemakmuran dalam budaya Cina.

Berikut merupakan antara aktiviti dan pertunjukkan yang diadakan sepanjang Tahun Baru Cina di LWOT!

Terdapat pelbagai aktiviti dan pertunjukkan yang dirancang oleh Sunway Lost World of Tambun untuk korang nikmati sepanjang musim perayaan ini bersama-sama orang tersayang, antaranya ialah:

  • 22 & 23 Januari 2023

Korang dapat menikmati persembahan istimewa seperti tarian singa akrobatik, God of Prosperity, Dream Bunny dan Luminous Dragon Dance sempena Tahun Baru Cina ini!

  • 20 Januari sehingga 5 Februari 2023

Mereka juga akan mengadakan Hopping New Year, Chinese Culture Meet and Greet, Hari Musim Bunga dan Tarian Muhibbah.

Mark tarikh-tarikh ni tau supaya korang tak lupa dan dapat menikmati pengalaman-pengalaman best untuk Tahun Baru Cina ni!

Wildlife Rabbit Wonderland bersama Explorer Rangers

Explorer Rangers yang berpengalaman akan mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti menarik bersama dengan arnab-arnab dari Taman Hiburan Liar Sunway Lagoon.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Lumba Arnab dan Sesi Dandanan bersama Arnab yang boleh dinikmati oleh semua tetamu.

Slot masa untuk aktiviti ni terhad tau! 

Jadi, pastikan korang dah tandakan siap-siap dalam kalendar korang.

Slot masa aktiviti:

  • 21 & 22 Januari 2023

10:30 pagi hingga 11:00 pagi: Perlumbaan Arnab bersama Explorer Rangers

3:40 petang: Sesi Dandanan Arnab

  • 23 Januari 2023

1:00 petang hingga 2:00 petang: Animal Enrichment During Wild Encounter

3:40 petang: Sesi Dandanan Arnab

Aktiviti ini hanya akan diadakan di Sunway Lagoon sahaja.

Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Park berkata “Ketika kita memulai permulaan baharu, semuanya adalah mengenai hubungan semula dengan keluarga dan rakan-rakan serta jatuh cinta semula. Dan memulakan keseluruhan tahun yang berjaya pada masa hadapan dan juga dapat mengembara sekali lagi tidak seperti sebelum ini.”

Sambung Calvin Ho, “Selamat Tahun Baru Cina kepada anda dan keluarga anda! Taman Tema Sunway juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perhilitan atas semua yang mereka lakukan untuk melindungi hidupan liar kita.” 

Untuk maklumat lanjut tentang Sunway Lost World of Tambun, korang boleh pergi ke laman web Sunway Lost World of Tambun, Facebook dan Instagram mereka.

SKIP THIS AD ×