berita

Nikmati Sarapan Sandwic Omelette Terbaru Dari McD Untuk Warnai Pagi Korang!

June 30th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Bila tengah WFH atau pun terperap je dekat rumah tu, mesti korang nak mulakan pagi korang dengan sarapan yang menarik kan? Tapi kadang-kadang tu malas pula nak siapkan bahan dan masak.

Eh, tak payah risau lah! Nak senang, korang order je sarapan dari McDonald’s.  Haa..dengar cerita, mereka ada keluarkan menu sarapan terbaru tau! Nak tahu ke apa yang best tu? Jom tengok!

2 menu sandwic omelette keju yang lazat!

Haa guys, kali ni mereka memperkenalkan Sandwic Omelette Keju dan Sandwic Sosej & Omelette Keju. Wow! Dengar nama pun dah terliur kan?

Tapi, kalau nak pagi yang lagi kaw, boleh gandingkan sarapan pagi korang dengan Kopi Americano yang dibru panas-panas baru betul-betul padu kan?

Keenakan sandwic yang lembut & kepingan sosej empuk!

Kalau korang nak tahu, Sandwic Omelette Keju ini sangat lah enak kerana ia dibaluti dengan telur yang lembut, adanya hirisan bawang hijau, cili yang segar serta rasa sensasi sos mayonis dan juga keju meleleh.  Orang kata setiap gigitan tu pasti terasa nikmatnya tau! 

Ditambah pula dengan roti nya yang lembut, gebu dan empuk. Fuhh! Memang sangat puas dan luar biasa lah breakfast korang tu kan?

Sementara itu, Sandwic Sosej & Omelette Keju pula hadir dengan setengah kepingan sosej yang dibungkus dalam telur dan diapit oleh keju, confirm akan cair dalam mulut korang nanti.

Sarapan pagi yang ringan dan mudah ini juga menjadikan ia puas untuk dimakan walaupun hanya separuh sosej. Jadi, bila dah beli nanti janganlah korang pelik pula ya… Biasalah, nama pun sarapan pagi kan? Takkan korang nak makan dengan kuantiti yang banyak macam korang makan nasi pulak kan.

Boleh pesan melalui McDelivery atau pandu lalu

Sarapan pagi ni dihidangkan setiap hari dari 8 pagi sehingga 10 pagi je tau. Jadi korang jangan lambat-lambat pula, pastikan singgah dulu di McDonald’s terdekat sebelum memulakan hari indah korang tu.

Alamak takut tak sempat lah! Ha…jangan risau , pesan McDelivery atau pandu-lalu je. Mudah dan pantas. Tapi kena ingat, untuk kekal #SafeWithMekdi pilihlah pembayaran tanpa sentuhan ya.

Jom rasai sendiri kenikmatan menu ini!

Korang tunggu apa lagi tu? Jomlah rasai sendiri kenikmatan burger Sandwic Omelette dari McD harini jugak tau!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web mereka di SINI atau melalui aplikasi McDonald’s. Selamat menjamu selera!

SKIP THIS AD ×