berita

Nikmati Tawaran Waranti Ekstra 2 Tahun & Banyak Lagi Hanya Di Senheng!

December 31st, 2020 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Zaman sekarang ni kalau takde kelengkapan elektrik di rumah rasa macam tak lengkap pula
kehidupan seharian. Yelah, kalau nak basuh baju mesti nak guna mesin basuh, nak bersihkan rumah mesti nak guna vakum, nak hiburan pula perlu ada televisyen atau pun smartphone.

Hmm…tapi bila fikir balik, harga barang tu semuanya agak mahal. Eh, tapi jap! Rasanya korang tak payah risau dah sebab Senheng boleh bantu untuk realisasikan impian korang. Nak tau apa yang mereka tawarkan? Jom usha dulu…

Senheng PlusOne AEON, nikmati 2 tahun waranti tambahan!

Guys, korang yang mana join PlusOne AEON ni memang berbaloi sangat tau, sebab korang sendiri boleh nikmati promosi eksklusif yang Senheng tawarkan.

Apa yang best bila korang akan dapat jaminan PlusOne AEON ekstra 2 tahun secara PERCUMA*. So, kalau ada sebarang kerosakan atau barang korang tak boleh pakai tu, korang guna je waranti yang ada. Alaaa..senang cerita, korang tengok je dulu video dekat bawah ni:

Haa.. macam mana? Takde lah risau sangat dah kan? Selain tu, ada kelebihan lain juga tau! Antaranya adalah:

  • Yuran Ahli PlusOne AEON serendah RM12 setahun 
  • Nikmati Rebat Kredit EZ. Korang juga akan terima Kredit EZ rebat dari pembelian pertama korang dan boleh digunakan dalam pembelian kedua.

Bukan tu saja, kalau korang nak upgrade atau tukar kepada PlusOne Gold atau PlusOne Lady Gold, korang layak mendapat Kredit EZ sebanyak 2% tambahan menerusi pembelian korang. Selain tu, korang juga boleh kumpul mata dan tebus mata tersebut pada hari keahlian Senheng!

Senheng ada AEON Credit Service, untuk ansuran serendah RM48 sebulan!

Mesti ada antara korang teringin atau perlukan barang elektrik tapi tak mampu lagi nak beli. Jangan risau, sekarang korang dah boleh beli barang dan membuat pembayaran secara ansuran, serendah RM48 je! Pelan pembayaran bagi sesuatu item pun fleksibel tau, sehingga 36 bulan!

So, bagi korang yang nak beli-belah di Senheng boleh je membuat pembayaran macam yang kami cakap. Lagipun, perkhidmatan yang mereka tawarkan ni tak guna kad kredit pun. Korang hanya guna AEON Credit je. Mudah sangat!

Senheng tawarkan servis penghantaran secara PERCUMA*

Kadang-kadang bila beli barang mahal, mesti korang nakkan penghantaran percuma kan? Bukan apa, kalau korang tak beli untuk diri sendiri pun mesti nak beli dekat mak ayah di kampung.

Macam biasalah, kalau dengan Senheng ni mudah je. Kalau beli perkakas elektrik atau gadget di Senheng yang bernilai RM 500 ke atas, korang akan dapat servis penghantaran percuma* tau. Takdelah pening-pening kepala lagi fikir nak bayar untuk caj penghantaran.

Jom beli belah di Senheng, pasti berbaloi!

Tunggu apa lagi guys? Kini, korang dah boleh beli barang keperluan rumah dengan Senheng. Harga murah dan banyak kelebihan bila membuat pembelian dekat sini. Siapa taknak kan? Jadi, rebutlah peluang ni sekarang supaya korang dapat merasa keselesaannya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Senheng hari ni juga! Korang boleh mula membuat plihan dari pelbagai jenama terkemuka di sini, dan ketahui tawaran-tawaran menarik dari mereka!

*tertakluk kepada terma & syarat

SKIP THIS AD ×