berita

‘Nilai 3 Dekat Negeri Sembilan Woi’ – Hattan

May 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik satu posting mengenai kedudukan Nilai yang didakwa terletak di negeri Selangor. Susulan daripada itu, Ibu pejabat Polis Daerah Nilai dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihak mereka sedang menyiasat kenyataan individu tersebut.

Artikel berkaitan: Polis Siasat Kenyataan Nilai 3 Terletak Di Negeri Selangor

Sebagai anak kelahiran Negeri Sembilan, Dato Hattan telah tampil bersuara dan menegaskan bahawa Nilai sememangnya terletak di Negeri Sembilan.

Jangan tukar-tukar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

Kok iyo pun jangan lah ditukar-tukar. Nilai tu dalam Negeri Sembilan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Dato Hattan, penyanyi tersebut memberitahu bahawa Nilai terletak di dalam Negeri Sembilan bukannya di Selangor seperti yang diviralkan. Tambahnya, kawasan tersebut dimajukan oleh Tan Sri Isa pada awalnya. Sebagai anak jati negeri itu, Hattan turut mengaku bahawa dia mengetahui mengenai sejarah negeri kelahirannya. Ujarnya lagi, negeri tersebut tidak terlalu besar.

Kalau tak tahu pergi tanya JUPEM. Nilai ni dulu dimajukan oleh Tan Sri Isa. Lepas tu ditambahkan kemajuannya lagi dengan Tok Mat. Itu sejarahnya. Kalau nak tahu, dia sebelah Bukit Mahkota. Itu dalam kawasan Negeri Sembilan tu. Siapa pula bungko kata Nilai dekat negeri Selangor.

Semua dah pening

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat cara Dato Hattan memberi keterangan kepada para pengikutnya di Instagram. Tambah netizen, mereka kagum melihat anak jati Negeri Sembilan itu bersuara bagi memberi penjelasan buat mereka yang masih tidak tahu di mana letaknya Nilai 3.

Sumber: Dato Hattan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×