Diberi kepercayaan memegang watak sebagai seorang mualaf dalam drama ‘Satu Hari Nanti’, pelakon Nina Kho memberitahu dia sangat teruja apabila disuruh menggayakan imej bertudung.
Artikel Berkaitan: Ezaidi Aziz Tolak Adegan Peluk & Angkat Pelakon Wanita
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Enggan Terlibat ‘Cinta Lokasi’
Artikel Berkaitan: Erin CTJ Nafi Sombong Dengan Rakan Artis
Nampak cantik pakai tudung
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Nina atau nama sebenarnya Nina Kho Siew Ching berkata, dia meraih banyak pujian apabila tampil memakai tudung dalam drama tersebut.
Saya rasa cantik dan suci bila pakai tudung. Ramai yang puji apabila saya memuat naik foto di media sosial. Cuma saya tidak pandai nak menggayakan tudung.
Disoal mengenai pengalaman membawakan watak wanita bertudung, Nina mengakui dia sudah memahami mengapa seorang wanita Islam perlu menutup aurat.
Sejak memegang watak sebagai seorang mualaf saya sudah mula faham kenapa wanita perlu memakai tudung. Saya tidak kisah untuk membawakan watak wanita bertudung kerana saya memang suka. Mak saya pun puji apabila anaknya cantik pakai tudung.
Sejujurnya saya akui memang susah pakai tudung. Kalau tengok orang lain pakai macam senang sahaja, tapi bila nak lilit sendiri agak susah.
Nina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media drama Satu Hati Nanti yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, The Curve, Petaling Jaya, Selasa lalu.