berita

Ning Baizura Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pagi Tadi

January 31st, 2013 | by Ai
Kini Trending

malaymail_4965-2

Sebentar tadi, OHBULAN! menerima sebuah e-mail dari pengurus Ning Baizura dimana penyanyi bersuara lantang ini telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 3.06 pagi tadi di Kuala Lumpur.

Dengan sukacitanya ingin saya umumkan bahawa Ning Baizura telah selamat melahirkan Bayi lelaki pada 31hb Januari 2013, Jam 3:06 pagi di Kuala Lumpur. Hari ini juga amat teristimewa kerana ia adalah hari ulangtahun perkahwinan Ning dan Chris yang ke – 5.

Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Terima kasih di atas segala doa dan sokongan anda.

Walau bagaimanapun, Ning Baizura masih belum memaklumkan nama serta memuat naik foto bayi mereka dalam email tersebut. Tahniah diucapkan pada Ning Baizura dan suami.

Latest info : Bayi pertama Ning Baizura hasil perkongsian bersama Omar Sharif Christopher Dalton diberi nama Ryan Sky Dalton.

SKIP THIS AD ×