berita

Nipis & Dilengkapi Bateri Kapasiti Besar, HONOR Magic V2 Selesai Masalah Telefon Boleh Lipat!

January 17th, 2024 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

HONOR Magic V2

Korang ingat tak, satu ketika dahulu telefon lipat pernah menjadi trend popular dalam kalangan rakyat Malaysia?

Kini, HONOR kembali memeriahkan segmen tersebut dengan memperkenalkan HONOR Magic V2, telefon pintar lipat dengan saiz kompak & dilengkapi bateri berkuasa tinggi.

HONOR Magic V2 telefon pintar lipat alaf baru!

HONOR Magic V2

Jika satu masa dahulu,  saiz telefon lipat yang tebal, mudah rosak dan bateri cepat habis menjadi buah mulut orang ramai, sekarang HONOR dah berjaya atasi masalah tersebut dengan memperkenalkan HONOR Magic V2.

Dibangunkan oleh pasukan R&D global yang dianggotai seramai 8,000 orang, HONOR Magic V2 menjanjikan pengalaman baru ketika korang menggunakannya.

Memiliki ketebalan dibawah 1cm, HONOR Magic V2 merupakan telefon bimbit pertama dengan reka bentuk nipis, ringan dan premium serta dilengkapi bateri karbon silikon berkuasa 5000mAh.

Nipis & tahan lasak!

Korang bayangkan la sendiri, ketebalan HONOR Magic V2 hanya 9.9mm sahaja apabila dilipat, lebih nipis daripada telefon pintar biasa! Hebatkan?

Bukan itu sahaja, HONOR Magic V2 juga telah diuji dan terbukti mampu menahan sekurang-kurangnya 400,000 lipatan.Ujian ini telah diiktiraf sendiri oleh SGS.

Walaupun, HONOR Magic V2 dilipat 100 kali sehari, ianya dijangka mampu bertahan sehingga sepuluh tahun. Sekaligus, menepis komen netizen kononnya telefon lipat mudah rosak dan tak tahan.

Telefon pintar lipat terlaris di pasaran China

HONOR Magic V2

Lebih menarik lagi, HONOR Magic V2 menggunakan Kaca Nanohablur Generasi Kedua yang mempunyai kekuatan tahan jatuh 10 kali ganda daripada kaca biasa.

Disamping itu, skrin luarnya juga telah menerima pengiktirafan 5 Bintang daripada Sijil Ketahanan Jatuh SGS.

Punya la hebat HONOR Magic V2, semasa di awal pelancarannya di China, sebanyak 1 juta unit telefon ini telah dikeluarkan. Bahkan, menurut firma analisis pasaran Omdia, HONOR Magic V2 merupakan telefon pintar lipat terlaris di pasaran China, kerana berjaya menguasai 25% pasaran peranti pintar premium di negara tersebut.

HONOR Magic V2 bawa kelainan & beri kepuasan pengguna!

HONOR Magic V2

HONOR Magic V2, secara rasmi telah dilancarkan di Malaysia semalam dengan harga RM6,999.

Bagi memastikan pengguna dapat membuat pembelian tanpa rasa ragu, HONOR memperkenalkan perlindungan skrin 365 hari yang pertama dalam industri telefon boleh lipat.

Untuk pengetahuan korang, dalam tempoh 180 hari pertama selepas pembelian, jika skrin rosak, pengguna boleh menikmati penggantian percuma untuk kedua-dua skrin dalaman dan luaran.

Manakala dalam tempoh 365 hari, pengguna juga boleh memperoleh penggantian skrin dalaman dan luaran dengan diskaun 50% (satu kali sahaja).

HONOR Magic V2

Prapesanan HONOR Magic V2 kini dibuka sehingga 24 Januari 2024.

Pembeli awal akan mendapat hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM3,247 merangkumi HONOR Choice Cleaner Robot, Pemegang Telefon Boleh Lipat Graviti Kereta dan Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari.

Bagi mereka yang berminat boleh membuat prapesanan sekarang di laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop, termasuk pengedar sah seperti Maxis, Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

 

SKIP THIS AD ×