berita

NJOI, Perkhidmatan Prabayar Televisyen Satelit Pertama di Malaysia

July 23rd, 2012 | by M
Kini Trending

Prabayar NJOI, sejenis perkhidmatan bayar-dan-tonton kini membolehkan  semua pelanggan NJOI untuk mengakses kandungan premium di saluran tambahan, selain 18 saluran televisyen dan 19 saluran radio bergantung kepada keperluan tontonan dan bajet masing-masing.

NJOI yang dilancarkan sempena program Tanggungjawab Korporat Sosial tahun lepas membawa satu misi, iaitu untuk merapatkan jurng digital di kalangan rakyat Malaysia. Ini membolehkan seluruh rakyat Malaysia mengakses kandungan yang kaya dengan maklumat terbaik seperti hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat, selaras dengan usaha Malaysia untuk menjadi negara yang berteraskan pengetahuan.

Prabayar NJOI akan menggunakan sistem baucer pada fasa yang pertama. Manakala, pada masa akan datang ciri prabayar ini akan lebih diperincikan melalui beberapa fasa seperti tambah nilai e-wallet dan perkhidmatan kandungan premium yang disampaikan melalui pelbagai platform.

Sebagai permulaan, Prabayar NJOI hadir dalam tiga bentuk pakej prabayar – Mustika (Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella), Indo Pek (Bintang dan Pelangi) dan Filem dan Drama Cina (Celestial Movies, TVB Xing He, Astro Shuang Xing). Lebih banyak pakej akan diperkenalkan secara berperingkat untuk memenuhi keperluan menonton dan bajet para pelanggan NJOI.

Setiap pakej Prabayar NJOI boleh didapati menerusi baucer prabayar RM20 yang boleh dibeli dari pengedar NJOI yang sah tanpa sebarang yuran langganan berganda atau kontrak. Selepas melakukan pembelian dan mengaktifkan perkhidmatan prabayar ini, pelanggan NJOI akan menikmati 15 hari akses tontonan pakej prabayar secara serta merta. Tawaran prabayar ini membolehkannya dimiliki oleh  mereka yang bukan dari kalangan para pelanggan Astro untuk mengakses kandungan hiburan berbentuk umum dan filem premium. Tawaran menarik ini boleh didapati  dengan hanya membayar serendah RM1.33 sehari!

Sila layari www.njoi.com.my atau berkunjung ke pengedar NJOI terdekat untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan NJOI Prabayar.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×