
Penyanyi, Noh Salleh dan isterinya, Fatin Athira Mustapa dipercayai bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hari Ini Genap 7 Bulan Kami Kehilangan Anak Dalam Kandungan’ – Noh Salleh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Salleh Lancar Lagu ‘Rahsia Tuhan’, Netizen Rasa Sebak – ‘Mungkin Ini Luahan Rindu Untuk Anak Dia’
Anak perempuan
Berita gembira itu diumumkan menerusi sebuah majlis ‘gender reveal’ yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat pasangan tersebut yang berlangsung pada Sabtu.
Video majlis berkenaan telah dimuat naik oleh tetamu yang hadir di Instagram sebelum diulang siar atau ‘repost’ semula oleh Noh.
Menerusi beberapa perkongsian, kelihatan semburan kertas merah jambu yang melambangkan bayi perempuan.
Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 40, turut tersenyum gembira ketika mengumumkan khabar tersebut. Bagaimanapun, usia kandungan Fatin Athira tidak didedahkan.
Terdahulu, pada September tahun lalu, Noh berkongsi khabar duka apabila kehilangan anak sulungnya ketika masih dalam kandungan.
Imbas kembali, Noh mendirikan rumah tangga dengan Fatin Athira pada September 2023.
Sebelum itu, Noh pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022.
Hasil perkahwinan terdahulu, mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.
Sumber: Instagram