berita

Noh Salleh Dah Bertunang Dengan Peguam

May 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi, Noh Salleh selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa, petang semalam.

Noh dah bertunang

Majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Putra Heights, Subang Jaya dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Menurut sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa Fatin menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran. Difahamkan juga, pasangan ini dijangka diijabkabulkan pada 23 September 2023.

Fatin merupakan seorang peguam dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Terdahulu, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai pada bulan Ogos tahun lalu. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.

Sumber: Berita Harian, Utusan TV

SKIP THIS AD ×