berita

Noh Salleh Kongsi Gambar Isteri Bercuti Di Krabi, Peminat Sangka Mizz Nina Mengandung

March 26th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

mizz nina noh-4

Pasangan selebriti yang semakin dihormati kerana penghijrahan mereka, Noh Salleh dan Mizz Nina jarang sekali berkongsi foto-foto percutian untuk tatapan peminat.

Jika adapun sebelum ini hanyalah sekeping dua foto selain beberapa keping gambar sewaktu mengerjakan Haji dan umrah tidak berapa lama dahulu.

Namun sejak tiga hari lalu, suami isteri ini dilihat aktif pula memuat naik gambar-gambar mereka berdua sedang bercuti di Krabi, Thailand.

Screen Shot 2014-03-25 at 17.59.23

Screen Shot 2014-03-25 at 17.20.38

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian OHBULAN! ialah apabila Noh berkongsi sekeping gambar di laman sosial miliknya menunjukkan seolah-olah Nina sedang berbadan dua.

Seorang peminat yang turut perasaan akan perbezaan Nina itu turut bertanya kepada Noh sama ada benar isterinya itu kini hamil anak pertama mereka.

Namun pertanyaan itu dibiarkan tidak berjawab oleh Noh. Jika benar Nina dan Noh bakal bergelar ibu bapa, tahniah diucapkan. Jika tidak pun, kami percaya ramai peminat akan mendoakan agar mereka sama-sama dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Apapun buat semua pembaca OHBULAN!, mari lihat foto romantis pasangan ini di bawah.

SKIP THIS AD ×