
Pelakon dan penyanyi anggota kumpulan K-Clique, Noki menafikan dakwaan berat badannya susut adalah kerana sakit namun sebaliknya hanya memenuhi tuntutan kerja.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Suka Wanita Pantai Timur & Bertudung..Mereka Cantik, Manis’ – Noki K-Clique
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noki K-Clique Target Kahwin Tahun Ini, ‘Cemburu’ Tengok Kawan-Kawan Dah Berkeluarga – ‘Saya Nak Wanita Bertudung, Faham Agama & Kerja Saya’
Mahu berat kerana otot

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Ahmad Ikhwan Aji, 31, berkata berat badannya susut sebanyak 15 kilogram (kg) dan kini mencecah pada berat yang maksimum iaitu 75kg.
Kawan-kawan saya cakap, saya sesuai dengan saiz badan yang kecil begini.
Tapi kalau tanya saya, saya lebih suka dengan saiz badan dulu. Kalau boleh saya mahu berat badan saya sekitar 85kg.
Saya mahu badan saya berisi kerana otot dan bukannya lemak.
Noki berkata demikian pada sesi fotografi drama terbaharunya, Takdir Cinta Terlarang, di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.
Kata Noki, dia mula menurunkan berat badan sejak penggambaran filem Game Of Life arahan Syafiq Yusof bagi memenuhi watak tersebut.
Dulu berat badan saya 90kg dan pihak produksi minta saya untuk kurus. Saya pun tidak boleh terlalu kurus sebab nanti nampak terlalu kurus.
Saya rasa berat badan sekarang sesuai dengan ketinggian saya.
Ada juga tawaran baru yang minta saya tidak terlalu berisi.
Berat badan saya pun mudah untuk turun dan naik, jadi saya tidak susah untuk turunkan.



![[VIDEO] Ramai Sangka Hasil AI, Babak Inspirasi ‘Ghibli’ Iklan GSC Ini Adalah Animasi Sebenar](https://media.says.com/2026/09/adgscci-scaled.jpg)




