Beruntung empunya badan! Itu yang boleh dikatakan kepada penerbit popular, Gayatri Su-Lin selepas menerima hadiah kereta utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover daripada pelakon Zul Ariffin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Gayatri
Nombor plat cantik
Menurut Gayatri, dia menerima kenderaan berwarna hitam itu pada hari Selasa dan lebih istimewanya, kejutan itu dihantar sendiri oleh Zul, 35.
Akui terkejut menerima kereta mewah itu, penerbit filem berusia 46 tahun itu tidak tahu hadiah itu bersempena dengan apa.
Saya dapat kereta itu pada hari Selasa. Perasaan saya terkejut. Zul very nice person.. dia sendiri yang drive kereta itu dan bagi dekat saya.
Sempena apa kereta itu? Saya rasa lebih baik tanya Zul sebab dia yang bagi. Saya terima saja. Saya tak ada tanya dia pun (kereta sempena apa).. mungkin untuk last birthday.
Ditanya maksud di sebalik keistimewaan nombor plat, bekas kekasih Zul ini memilih untuk tidak mengulas lanjut.
Itu hanya nombor plat. Tapi cantik kan? Soal itu pun tanya Zul sendiri. Kalau ikut kepercayaan masyarakat Cina bermaksud it’s long life (panjang umur).
Gayatri ditemui ketika majlis tayangan perdana dan sidang media filem Bunga dan Kayu yang diadakan di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi pada Rabu.
Serah jodoh kepada Tuhan
Dalam pada itu, Gayatri menyerahkan soal jodoh dengan pelakon filem Sangkar kepada Tuhan. Sudah lali dengan gosip, dia lebih selesa membiarkan netizen membuat andaian.
Sejujurnya saya penerbit, jadi saya rasa cerita saya tak menarik. Dah 10 tahun saya kenal Zul, dah macam-macam spekulasi, andaian, hinaan dan sokongan. Bagi saya, biar orang luar buat andaian. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak ada (soal jodoh). We will see.
Sebelum ini, Zul Ariffin dan Gayatri dilaporkan pernah bercinta sejak 2012, namun hubungan mereka berakhir selepas tiga tahun.
Sumber: Instagram @gayapillai