berita

‘Nombor Telefon Disebar’ – Beri Kesedaran Tentang Kepentingan Vaksin, Doktor Ini Dikecam Teruk Golongan Anti-Vaksin

January 21st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Isu vaksin sering kali menjadi debat antara golongan doktor dengan golongan yang tidak menyokong untuk divaksin. Tidak cukup dengan itu, golongan anti-vaksin ini turut memperlekehkan kredibiliti mufti selepas mufti mengeluarkan kenyataan berkenaan kepentingan menerima vaksin.

Terbaru, menerusi Facebook Doktor Amirul Amzar berkongsi kisah di mana dia telah dikecam hebat oleh golongan anti-vaksin kerana didakwa berhujah berkenaan kepentingan vaksin semata-mata untuk mengaut keuntungan peribadi. Selain itu, golongan ini turut mendakwa dirinya tidak mempunyai integriti dan nombor telefonnya turut disebarkan antara kelompok anti-vaksin.

Cuba betulkan salah faham masyarakat

Personal Attack

Saya dah berjidal dengan antivaksin, lama dah. Tak pernah sekali pun saya keluarkan kata-kata kesat atau maki hamun. Tapi, macam-macam tohmahan diberi pada kami yang cuba betulkan salah faham masyarakat pasal vaksin ni.

Ada yang kata saya dapat bayaran sebab cakap pasal vaksin. Tidak. Saya tak dapat royalti apa-apa pun dari mana-mana pun. Hatta saya keluar masuk TV atau radio, atau beri ceramah pasal vaksin, saya tak minta apa-apa bayaran langsung. Anda boleh tanya penerbit atau penulis yang menghubungi saya.

Didakwa tidak berintegriti

Ada yang doakan saya dapat anak nanti, kena AEFI. Tak apa lah. Allah ada. Allah tahu niat saya buat semua ni. Ada yang kata saya tak ada integriti. Cakap pusing-pusing. Mari nak jelaskan. Influenza tu bukan vaksin dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan. Tak wajib untuk ambil tapi digalakkan. Saya memang galakkan vaksin Influenza tapi saya juga ajar cara pencegahan lain. Adakah sebab itu saya tak berintegriti? Tu belum lagi nombor telefon saya disebar ke merata-rata.

Ramai doktor dah malas bagi kesedaran

Kalau ikutkan boleh je nak berhenti buat semua ni. Fokus je pada master saya. Tengok patient dekat klinik, then balik rehat. Lantak lah kes Measles meningkat. Lantak lah orang panik pasal Influenza. Lantak lah orang salah faham pasal Poliomyelitis.

Patut lah ada doktor yang dulu rajin menulis tentang vaksin, sekarang dah malas nak menulis. Tak ada beza pun pada kami. Sampai bila nak buat benda ni. entah lah.

Sumber: Amirul Amzar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!