berita

Nona Beralih Musim, Tugas Neelofa Bakal Digantikan Fouziah Gous?

March 12th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Launching-Butik-Bianco-Mimosa-39

Siapa sangka rupanya sudah lebih setahun dua pengacara popular, Fara Fauzana dan Neelofa menerajui program majalah khusus wanita, Nona di TV3.

Biarpun pada mulanya pelbagai respon negatif diterima mengenai pemilihan Neelofa berdasarkan kepada pengalamannya yang masih lagi baru di dalam industri hiburan tetapi kebolehannya dilihat semakin menyerlah sedikit demi sedikit.

Namun sekitar awal Januari tahun ini, Nona dikatakan sedang mencari pengacara baru untuk menggantikan tempat Neelofa dan nama Fazura dipetik sebagai personaliti Nona yang baru.

Tawaran itu bagaimanapun terpaksa ditolak baik oleh Fazura dek kekangan masa selain terikat dengan komitmen lain yang telah dipersetujui lebih awal.

Screen Shot 2014-03-11 at 20.49.15

Terbaru menerusi laman Instagram, Fouziah Gous dilihat memuat naik beberapa keping foto bersama Fara Fauzana berserta caption seakan-akan merujuk dirinya baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk Nona.

Dalam masa yang sama, pelakon tinggi lampai itu turut berterima kasih kepada Fara atas tunjuk ajar yang telah diberikan dan melahirkan rasa gembira kerana berpeluang bekerja dengan penyampai radio terkenal itu.

Screen Shot 2014-03-11 at 21.00.06

Selain mempunyai rupa paras menawan yang sesuai dengan konsep elegan ditonjolkan Nona, Fouziah juga dilihat tidak mempunyai masalah untuk berinteraksi di hadapan kamera. Adakah dengan gandingan baru ini dapat menarik lebih ramai orang menonton Nona? Anda rasa bagaimana?

SKIP THIS AD ×