berita

Noni AF5 Enggan Dikaitkan Dengan Fauzi Nawawi

October 10th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-10-10 at 11.39.16

Khabar angin mengenai Noni AF5 yang menjalinkan hubungan cinta dengan Fauzi Nawawi kini sedang hangat diperkatakan. Secara tiba-tiba sahaja namanya dikaitkan dengan aktor itu selepas mereka semakin rapat sejak bertemu di program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini.

Bagaimanapun melalui laman Instagram milik Noni, penyanyi ini dilihat sedang bahagia dengan seorang lelaki dipercayai kekasihnya yang sudah lama dikenali. Jadi, tidak mustahil jika Noni menafikan dakwaan mengenai gosipnya dengan Fauzi.

Screen Shot 2013-10-10 at 11.35.53

Pada 4 Oktober lalu, Noni telah menyambut ulangtahun kelahiran jejaka itu yang dikenali sebagai Mustain Adnan di restoran milik Chef Riz.

Screen Shot 2013-10-10 at 12.23.50

Menurut akhbar Harian Metro hari ini pula, Noni menjelaskan hubungannya dengan Fauzi hanya sekadar hubungan profesional dan menganggap Fauzi sebagai guru dalam bidang lakonan.

Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga ‘anak didik’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.

Bukan saya sahaja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi. Tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?

Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan gosip berkenaan apatah lagi hubungan rapatnya dengan Lisdawati sudah dianggap seperti adik-beradik.

SKIP THIS AD ×