berita

Nonny Nadirah Kenal Dengan Si Penghantar Sihir, Doa Agar Cepat Bertaubat

January 5th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah telah mencuri perhatian netizen apabila dia mendakwa wajahnya senget sebelah akibat terkena gangguan sihir sejak tiga tahun lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Muka Nonny Nadirah Senget Disihir, Tiga Tahun Berendam Air Mata – ‘Kita Lawan Sampai Mati’

Mahu fokus

Terbaharu, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin mendedahkan dirinya semakin pulih daripada gangguan tersebut dengan mengamalkan bacaan dari ayat al-Quran.

Alhamdulillah, saya dah makin pulih dari gangguan sihir. Saya merawat diri dengan mengamalkan bacaan dari ayat-ayat al-Quran.

Memetik laporan Harian Metro, Nonny mengatakan apabila seseorang terkena gangguan sihir wajahnya akan berubah sama seperti yang dialaminya sekarang.

Pelakon berusia 34 tahun itu menyatakan dia sudah pergi berubat dengan perubatan Islam dan dia sendiri turut belajar merawat diri dengan bacaan ayat al-Quran tanpa perlu bergantung pada orang lain.

Memang saya sudah pergi berubat dengan cara perubatan Islam sebelum ini. Selepas itu, saya sendiri belajar merawat diri sendiri dengan bacaan ayat-ayat al-Quran tanpa bergantung pada orang lain. Dengan izin Allah semuanya kembali normal.

Menurut Nonny, dia mengenali individu yang menghantar gangguan sihir kepadanya dan dia turut mendoakan supaya individu tersebut kembali ke pangkal jalan.

Tambahnya lagi, jika individu tersebut bertaubat, Nonny bersedia untuk memaafkan segala kesalahannya di dunia dan akhirat.

Buat masa ini, Nonny menyatakan mahu fokus pada diri sendiri dan mahu memperbaiki dirinya supaya menjadi seseorang yang lebih baik.

Ya saya kenal dia. Saya mendoakan semoga dia kembali ke pangkal jalan. Selagi dia tidak bertaubat di atas segala perbuatan itu, dia akan menerima pembalasannya nanti.

Jika dia bertaubat, saya akan maafkan segala kesalahannya di dunia dan akhirat.

Saya mahu perbaiki diri dan tak putus mencari ilmu untuk menjadikan dirinya lebih baik dari yang sebelum ini.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×