Sebelum ini foto yang dikongsi oleh Nonny Nadirah, telah menjadi bualan ‘hangat’ netizen. Bukan itu sahaja, perkongsian itu turut meraih pesanan daripada rakan-rakan industrinya.
Artikel Berkaitan :‘Aku Yakin IG Dia Kena Hack’ – Niezam Zaidi Respon ‘Penampilan Baru’ Nonny Nadirah
Artikel Berkaitan :Kongsi Foto Tak Butang Baju, Pakai Stokin Jaring, Nonny Nadirah Ubah Penampilan?
Artikel Berkaitan :‘Aku Menggigil Tengok IG Kau!’ – Mila Minta Nonny Nadirah Terus Istiqamah, Lawan ‘Godaan’
Terbaru Nonny dipercayai telah menurunkan postingnya di Instagram setelah mendapat perhatian rakannya, Mila Jirin.
Menerusi laman Instagram Nonny, dia dipercayai telah memadam semua foto dirinya susulan kontroversi hangat itu. Bukan itu sahaja, dia turut memadam profile picturenya. Tindakannya itu, secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Terdahulu Nonny memuat naik sekeping foto yang memaparkan imej seseorang yang berpakaian seksi. Namun, masih tiada lagi sebarang respon yang diberikan olehnya.
Tindakannya itu, turut disokong oleh penyanyi Mila Jirin yang ‘bersyukur’ dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Nonny.
Syukur Alhamdulillah Alhamdulliah Alhamdulliah. jom mujahadah lawan jangan tak lawan!
Sebelum ini, Mila Jirin menerusi satu perkongsian di Instagram mengakui terkejut sambil menitipkan beberapa pesanan kepada Nonny.
Sumber : Nonny Nadirah