
Tindakan usahawan dan pempengaruh Noor Nabila ketika menghadiri perlawanan tinju ‘Superstar Knockout’ yang diadakan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini dianggap tidak profesional.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noor Nabila Beri ‘Hint’ Ingin Kembali Berumah Tangga? – ‘Kita Nak Naik Pelamin Tahun Depan’
Artikel Berkaitan: Bahu Terkehel Ketika Bertarung, Jefri Nichol Akur Tewas Kepada El Rumi Dalam Tempoh 38 Saat
Simbol ‘L’

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, anak kepada penyanyi Ahmad Dhani, El Rumi dilihat memberi sepatah dua kata setelah memenangi perlawanan tinju menentang Jefri Nichol.
Bagaimanapun, perkongsian itu meraih perhatian apabila Noor Nabila menunjukkan isyarat ‘L’ ke arah El Rumi yang bermaksud kalah atau ‘Loser’.
Nabila over




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan tindakan Nabila yang dianggap memiliki personaliti wanita ‘classy’ namun tidak. Selain itu, kakak kepada pempengaruh Ameera Khan itu juga dilabel ‘over’ seolah tidak menerima keputusan perlawanan tinju yang dihadirinya.
Imbas kembali, Ameera Khan hadir bersama keluarganya bagi memberikan sokongan buat Jefri yang menentang El Rumi di perlawanan tinju ‘Superstar Knockout’ yang diadakan di Jakarta, Indonesia.
Susulan itu, reaksi Ameera dan kakaknya Nabila mengundang kecaman apabila dianggap tidak menerima kekalahan Jefri Nichol yang tewas di tangan El Rumi secara knockout (KO) dalam masa 38 saat.
Sumber: Threads @aatiqahaziz








