Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama Engku Emran, sebentar tadi.
Artikel berkaitan:Noor Nabila, Engku Emran Sah Nikah Pagi Ini
Sementara itu di Instagram, Sharnaaz dilihat tenang dan sempat berkongsi lagu kegemaran ramai, Waiting In Vain nyanyian Bob Marley. Steady!
Waiting in vain
Tatkala seluruh ahli keluarga bekas isteri memuat naik foto dan video majlis akad nikah Noor Nabila dan Engku Emran, Sharnaaz dilihat hanya memuat naik lagu ‘Waiting In Vain’ di Instagram Storynya. Lagu yang sangat menyentuh jiwa itu didakwa menggambarkan perasaan Sharnaaz pada waktu ini. Lebih-lebih lagi bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu tersebut.
From the very first time I placed my eyes on you, girl. My heart says follow through. But I know, now, that I’m way down on your line. But the waitin’ feel is fine
Lagu yang dinyanyikan oleh Bob Marley itu menceritakan mengenai kisah seorang lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Namun, lelaki tersebut tidak tahu mengenai perasaanya sebaik sahaja wanita tersebut pergi daripada kehidupnya. Netizen mendakwa lagu yang dimuat naik oleh Sharnaaz seakan memberi bayangan mengenai perasaannya pada waktu ini.
Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai secara baik pada Julai tahun lalu selepas kontroversi rumah tangga mereka mendapat perhatian ramai.
Sumber: Sharnaaz