berita

Noor Nabila Kongsi Foto Dengan Ameera Khan Di Dubai, Tengah Minum Air Pun Cantik!

December 9th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Kehilangan Ameera Khan dalam media sosial sejak Julai lalu semestinya membuatkan pengikut setia rindu untuk melihat kecantikan adik kepada Neelofa dan gelak tawanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lentok Atas Paha Haris, Peminat Suka Tengok Neelofa Bermanja – ‘Isteri Lebih Tua Memang Romantik’

Artikel Berkaitan: Dia Dalam Proses Nak Belajar Agama & Mahu Cari Haluan Diri , Neelofa Dedah Punca Ameera Khan ‘Hilang’ Dari IG

Kongsi foto berdua

Terbaru, usahawan Noor Nabila, 38, berkongsi gambar terkini Ameera di Instagram Stories miliknya, pada Khamis.

Dalam hantaran itu, Ameera mengenakan baju berwarna putih dan dilihat ‘free hair’ ketika makan tengah hari bersama Nabila di Dubai.

Ameera juga menyambut ulang tahun kelahirannya ke-22 di sana dengan ibu tercinta, Datin Noor Kartini dan Jebat Jayden Ahmad.

Sanah helwah adikku sayang

Sementara itu, Noor Neelofa tidak lupa untuk meninggalkan ucapan sempena hari lahir Ameera di Instagram (IG).

Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail ini mendoakan agar Ameera dikurniakan kebahagiaan, kesihatan yang baik serta hidup diberkati di dunia dan akhirat.

Terdahulu, Ameera secara tiba-tiba memadam semua foto dan perkongsian Instagram (IG).

Tindakan selebriti itu menimbulkan tanda tanya ramai peminat tentang kehilangannya dalam media sosial.

Sumber: Instagram @noornabila

SKIP THIS AD ×