
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mempersoalkan tindakan penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa yang telah merakam semula lagu Sinaran yang dimuatkan dalam mini album terbaharunya berjudul Asmara Dansa.
Artikel Berkaitan: ‘Lagu Sinaran Berkumandang Merata Tempat, Arwah Johan Nawawi Dapat RM60 Je’ – Nora Ariffin
‘Siapa beri keizinan untuk guna lagu ini?’

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di Instagram, pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, meluahkan rasa terkilan apabila lagu ciptaan arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi bersama komposer terkenal, Allahyarham Adnan Abu Hassan telah digunakan tanpa sebarang keizinan.
Sebagai pewaris saya hanya nak tahu, siapa beri keizinan untuk guna lagu ini?
Saya hubungi Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP), kata dah bayar pada publisher. Tapi masih tergantung sehingga sekarang.
Dalam pada itu, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini menegaskan bahawa isu pembayaran royalti tidak wajar dipandang remeh kerana melibatkan hak seseorang penggiat seni dan warisnya.
Untuk pengetahuan semua. Kebanyakkan karyawan komposer, penulis lirik tiada pencen, caruman KWSP dan sebagainya. Royalti itu lah pencen mereka.
Apabila seseorang karyawan meninggal dunia, pewaris berhak untuk mendapatkan harta peninggalan atau royalti arwah untuk menyara anak-anak yang masih memerlukan.
Itu adalah harta anak-anak yatim. Jangan kita ambil mudah dan lepas tangan.
Terdahulu, Rossa berkongsi video teaser untuk EP terbaharunya berjudul Asmara Dansa di media sosial, yang menampilkan versi segar lagu Sinaran hasil kolaborasi bersama penyanyi rap popular tempatan, MK K-Clique.
Lagu Sinaran yang pernah dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid itu hasil ciptaan hebat dua komposer legenda, Allahyarham Johan Nawawi dan Allahyarham Adnan Abu Hassan.
Pada Julai lalu, Nora pernah membangkitkan isu royalti dan mendakwa jumlah royalti lagu Sinaran yang sepatutnya diterima arwah suaminya mencecah RM1 juta, namun hanya RM60 yang dibayar setakat ini.
Untuk rekod, Johan Nawawi meninggal dunia pada Mac 2017 akibat serangan jantung.
Sinaran oleh Rossa
Sumber: Instagram Nora Ariffin, Rossa






![[VIDEO] Anak 1 Tahun 6 Bulan Ditinggalkan Sendiri, Ayah Pantau Guna CCTV Ketika Bekerja](https://asset.ohbulan.com/2026/07/anak-2-tahun.jpg)

