Isu foto ghairah Nora Danish yang diterbitkan dalam majalah Glam edisi Mei/Jun 2012 semasa pemergiannya ke tanah suci tempoh hari telah mencetuskan kontroversi di kalangan peminatnya. Walaupun sudah kembali semula ke tanah air, Nora Danish masih belum memberikan sebarang penjelasan atau kenyataan mengenai isu tersebut.
Memetik kenyataan pengurusnya, Elly kepada Sinar Harian, Nora Danish dikatakan masih belum sedia menjawab isu foto-foto berkenaan kerana baru sahaja menandatangani kontrak sebagai artis MIG (Metrowealth Production).
“Nora baru sahaja menandatangani perjanjian sebagai artis MIG (Metrowealth Production). Apa sahaja isu yang timbul akan dijawab oleh pihak syarikat dan buat masa sekarang dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan,” jelas Elly.





![[VIDEO] Ramai Tersentuh Lihat Kemesraan Mawar Karim Bersama Dua Anak Fizo Omar & Fazeera – ‘Mulia Hatinya’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_3305.jpeg)
![[VIDEO] Shahida Penat Dengar Aliff Syukri Asyik Sebut ALF 1, Terus Beli Nombor Plat Cecah 1 Juta – ‘Nilai Pasaran Boleh Meningkat’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/aliff-shahida.jpg)

