
Memetik kenyataan pengurusnya, Elly kepada Sinar Harian, Nora Danish dikatakan masih belum sedia menjawab isu foto-foto berkenaan kerana baru sahaja menandatangani kontrak sebagai artis MIG (Metrowealth Production).
“Nora baru sahaja menandatangani perjanjian sebagai artis MIG (Metrowealth Production). Apa sahaja isu yang timbul akan dijawab oleh pihak syarikat dan buat masa sekarang dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan,” jelas Elly.