berita

Nora Danish Jadi Nurse Jahat Dan Nak Mengorat Beto Kusyairi, Suami Intan Ladyana?

January 6th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Tengah-tengah work from home ni memang best kalau dapat layan drama. Hilanglah sikit bosan dan stress kerja tu kan? Nak-nak drama best arahan Ayie Mustafa ni!

Pencinta drama Melayu mesti tertunggu-tunggu drama yang menampilkan Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish ni kan? Tengok pelakon-pelakon pun dah tau drama ni mesti power!

Drama ni mengenai apa eh? Siapa baik, siapa jahat?

Beto Kusyairi pegang watak suami & Nora Danish jadi watak antagonist!

Bukan senang nak dapat drama yang ada banyak pelakon best ni tau! Admin kalau nampak ada Beto Khushairy berlakon je dah tahu mesti cerita tu best! Jarang tak tengok!

Dalam drama Bougainvillea, Beto memegang watak sebagai seorang suami yang mengharungi pelbagai cabaran! Terkenal dengan watak gangster, korang mesti taknak terlepas nak tengok macam mana Beto membawa watak sebagai seorang suami. Kena atau tidak?

Selain itu, antara yang menariknya dalam drama Bougainvillea, korang dapat saksikan pelakon yang terkenal dengan kecomelan dan penuh kelembutan iaitu Nora Danish memegang watak antagonist!

Senang cerita, Nora danish jadi watak jahat dalam drama ni. Fuh, admin tak pernah tengok Nora Danish jadi jahat ni. Masih comel-comel manja ke atau betul-betul buat korang akan rasa geram? Ha, ini yang buat admin lagi membuak-buak nak tengok ni!

Intan Ladyana pula sebagai apa?

Pelakon manis Intan Ladyana akan berlakon sebagai isteri kepada Beto Kusyairi! Intan Ladyana akan berlakon sebagai Aryanna, seorang isteri yang memahami akan kesibukan suaminya dan juga bahagia bersama anak-anak.

Namun, rumah tangga mereka bermasalah dengan kehadiran Mimie (Nora Danish) yang ingin miliki Adrian (Beto) sepenuhnya. Ha, apa cabaran dan juga apa yang Mimie buat untuk dapatkan Adrian? Korang kena tengok sendiri!

Boleh layan drama 15 episod ni di iQIYI juga tau!

Best betul drama pendek-pendek ni, takdelah geram nak tunggu lama-lama kan? Kalau terlepas di TV3, korang boleh tengok drama Bougainvillea di aplikasi iQIYI pada setiap hari Isnin-Khamis jam 11 malam! Yang paling best, nak tonton drama ni FREE  je!

Korang boleh klik dekat sini kalau nak terus tengok drama Bougainvillea.

Best tau iQIYI ni! Ada subtitle & banyak features lain!

Pilihan subtitle ada Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris! Memang membantu sangat-sangat bila tiba dekat scene-scene bergaduh atau scene nangis-nangis sendu. Bila-bila tak faham, korang tengok je subtitle tu.

Korang juga free nak tengok dekat mana-mana gadget pilihan korang. Nak tengok dekat tablet, phone, smart tv, laptop semua pun boleh!

Tak sempat tengok? Download je dulu. Nanti-nanti free boleh tengok. Tak payah internet pun boleh load. Macam-macam jenis drama yang ada. Korang pilih je!

Drama Melayu pun banyak jangan risau. Semua best-best! Ada Hadiah Dari Tuhan dan Gerak Khas yang wajib korang tonton! Bukan hanya drama lokal, tapi drama international pun ada jugak. Cari je K-drama,C-drama atau Anime kegemaran korang dekat iQIYI ni. Ingat Drama, ingat iQIYI!

Kalau korang nak download aplikasi iQIYI, korang klik je kat sini!

SKIP THIS AD ×