Tidak lagi berselindung, pelakon, Nora Danish dilihat semakin terbuka berkongsi keakraban dengan lelaki yang didakwa mempunyai hubungan istimewa dengannya dikenali sebagai Mickey Ayo.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Akan Berkahwin Esok’ – Nora Danish

Bertukar hadiah

Menerusi hantaran di Instagram Story, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, memuat naik gambar sepasang kasut yang merupakan hadiah pemberian jejaka berkenaan.

Tidak meletakkan sebarang kapsyen panjang, Nora hanya menulis ucapan terima kasih di atas pemberian sepatu berwarna putih tersebut.

Sementara itu, Mickey yang juga duda kepada tiga anak turut memuat naik gambar seutas jam tangan hadiah daripada Nora di Instagram Story miliknya.

Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa mereka bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat selepas tular video memaparkan Mickey mengenakan busana serba putih persis pengantin lelaki.

Enggan gosip tidak benar itu terus bertebaran, Nora tampil dengan satu kenyataan menafikan dia dan Mickey bakal bernikah.

Sumber: Instagram