Perkongsian terbaharu pelakon, Nora Danish di Instagram (IG) telah menyorot perhatian ramai apabila didakwa sudah menemui pengganti selepas setahun bercerai dengan bekas suami, Mohamad Nedim Nazri.

Artikel Berkaitan: Nora Danish Nafi Sudah Rujuk Dengan Nedim

Artikel Berkaitan: Nora Danish Usaha Padam Gambar Tidak Berhijab Di Media Sosial – ‘Daripada 24,000 Gambar, Masih Sedang Dipadamkan’

Nora dah jumpa pengganti?

Menerusi perkongsian tersebut, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif memuat naik beberapa gambar yang telah ditangkapnya sepanjang bulan Ogos.

Namun, perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan spekulasi apabila terdapat satu gambar yang menampakkan sebahagian wajah seorang lelaki yang berkopiah dengan kapsyen ringkas.

‘A new chapter’ (Satu lembaran baharu).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan perkongsian tersebut dan mendoakan yang baik-baik buat pelakon filem ‘Polis Evo’ tersebut.

Malah, ada netizen yang mendakwa mereka mengenali identiti jejaka dalam gambar yang dimuat naik Nora.

Komen netizen

Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun.

Walau bagaimanapun, jodoh antara mereka tidak berpanjangan apabila disahkan bercerai pada pada 19 Jun 2024.

Untuk rekod, Nora juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 16, sebelum bercerai pada 2008.

Sumber: Instagram Nora Danish