
Tak dapat dinafikan, penampilan pelakon Nora Danish yang berhijab sejak Julai lalu telah mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Kongsi Video Istimewa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mickey Ayo, Netizen Tumpang Gembira
Artikel Berkaitan: ‘Genggam Sebelum Hilang & Hargai Selagi Ada Di Sisi’ – Nora Danish
Sopan tetap bergaya

Dengan gaya sopan namun memukau, Nora Danish atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu tampil anggun dengan penuh keyakinan.
Aktres drama Puteri itu menzahirkan rasa bangganya apabila berpeluang mewakili jenama Amber, Oasis 2.0: Mirage untuk koleksi baharu yang menggabungkan keindahan padang pasir dengan sentuhan moden yang elegan.
Saya percaya berhijab bukan sebuah penghalang untuk bergaya. Apa yang penting ialah keselesaan dan keaslian pada diri sendiri.
Koleksi Mirage ini sangat dekat dengan jiwa saya kerana ia menggabungkan kesederhanaan dengan keanggunan moden.
Datuk Adzliana Hasan, pemilik Amber dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, berkata setiap helaian dalam koleksi ini bukan sahaja menyerlahkan keanggunan semula jadi, tetapi juga membawa mesej bahawa setiap wanita berhak tampil anggun dan yakin mengikut gaya tersendiri.
Amber Oasis 2.0: Mirage adalah lambang wanita moden yang berani, lembut dan penuh karakter. Kami mahu wanita berasa selesa dalam setiap helaian tanpa perlu berkrompomi dengan nilai kesopanan.
Fabrik yang digunakan juga dipilih dengan teliti supaya sesuai dipakai sepanjang hari tanpa rasa panas atau melekat di badan.
Berhijab tanpa meninggalkan elemen fesyen

Nama Mirage dipilih bagi menggambarkan bayangan indah seperti sesuatu yang tampak jauh namun tetap mempesona, sama seperti pesona seseorang wanita yang penuh identiti dan daya tarikan tersendiri.
Setiap potongan direka untuk meraikan keanggunan wanita daripada pelbagai latar usia dan personaliti.
Ianya merupakan penghormatan kepada wanita yang kuat tetapi tetap lembut dalam gaya dan pertuturan.
Tiga koleksi utama diperkenalkan iaitu Bella yang menggunakan fabrik shimmering voile, Laila pula diperbuat daripada Armane Satin dan Medina yang juga menggunakan material fabrik shimmering voile.
Pelancaran ini menandakan kesinambungan kejayaan jenama Amber dalam memperkukuhkan kedudukannya sebagai sebuah jenama fesyen tempatan yang terus melangkah ke pentas antarabangsa.





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
