berita

Nora Danish Tidak Mahu Terburu-Buru Cari Suami Baru

July 23rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Jika disebut nama Nora Danish, pasti anda akan teringat tagline, “Kita Enjoy!”, kan?

Namun bagi Nora Danish yang juga seorang pelakon dan sentiasa kelihatan comel dimata peminat, rumahtangga dan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat mainan.

Dalam temubual Nora Danish bersama akhbar Kosmo Online, Nora menjelaskan bahawa dia tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup yang baru. Ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, ini memberitahu buat masa sekarang dia mahu menumpukan pada kerjayanya dan juga anak tunggalnya yang semakin membesar.

“Sebagai seorang wanita sudah tentu keinginan untuk berkahwin itu memang ada, tetapi ia bukan keutamaan buat diri saya kerana sudah selesa dengan kehidupan yang saya jalani sekarang. Lagipun saya mahu memberi sepenuh perhatian terhadap anak saya yang semakin membesar, manakala kerjaya seni saya juga semakin berkembang. Jadi, saya jarang terfikir sangat mengenai perkahwinan.”

Walaubagaimanapun, Nora Danish memberitahu bahawa kini dia sedang rapat dengan seorang jejaka. Namun begitu, dia masih merahsiakan identiti individu tersebut dan mengakui hubungan mereka masih diperingkat awal.

“Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.” – Nora Danish dipetik dari Kosmo Online.

OHBULAN! : Nampaknya, sekarang memang musim selebriti sedang mencari pasangan masing-masing agaknya, kan?

Sumber : Kosmo! Online

SKIP THIS AD ×