Penyanyi, Noraniza Idris meluahkan kebimbangan terhadap ketandusan pelapis penari zapin yang semakin berkurangan pada masa ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noraniza Idris Berang, Dakwa Lebih 50% Parcel Che Ani Premium Rosak & Hilang

Artikel Berkaitan: Noraniza Idris Kecewa Produk Muruku Che Ani Premium Diciplak

Tak ramai mahir

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nor Aniza Haji Idris itu berkata penari zaman sekarang masih belum menguasai kemahiran zapin sepenuhnya.

Kita dah ketandusan pemain Zapin sebenarnya.

Kita cuma nampak ramai penari tapi mereka menghafal.

Mereka tidak ada ilmu tentang ragam bermain Zapin.

Aniza berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Terma 25 dan Projek Ikon Kebudayaan di Galeri Shah Alam, pada Isnin.

Menurut Noraniza, jumlah pelapis penari zapin mula menunjukkan penurunan sejak tahun 2012.

Persembahan semua unik dan cantik mungkin sebab dah hafal ragam zapin itu sendiri. Tetapi apabila dalam pertandingan, kalau tiada ilmu memang tidak boleh buat (ragam zapin).

Projek kebudayaan

Kata Aniza, atas sebab kekurangan pelapis dia memilih untuk melancarkan projek Ikon Kebudayaan & Pelancongan Antarabangsa 2025–2027, ranscultural Ethnic Rhythms of Malaysia & Asia (TERMA).

Projek tersebut yang bertujuan mengangkat semula seni dan budaya khususnya Irama Malaysia ke dalam arus perdana industri muzik.

Difahamkan, pada ketika ini sebanyak enam negara yang terlibat antaranya China, India, Sri Lanka, Thailand dan Indonesia.

Projek ini mengangkat pelancongan dan identiti Malaysia.

Kita akan menjadi wakil kepada Malaysia untuk bawa budaya kita ke luar negara.

Pada saya, inilah peluang saya. Walaupun saya sebagai pejuang Irama Malaysia ia adalah satu kelebihan kerana saya bukan saja menghibur tetapi memberi ilmu.

Orang akan lihat apa yang saya bawa ini bukan sekadar suka-suka tetapi 100 tahun lagi pun akan kekal.

Untuk makluman, TERMA 2025 akan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober 2025 di Shah Alam dengan tiga kategori penyertaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu 7 hingga 12 tahun, 13 hingga 17 tahun dan acara terbuka bermula pada umur 13 tahun.

Aniza turut melancarkan inisiatif ‘Roots of Zafana’ dengan penubuhan Zapin Living Lab yang mendokumentasikan penulisan serta kajiannya.