berita

Noreen Noor Meninggal Dunia Pagi Tadi

October 22nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-10-22 at 1.04.24 PM

Takziah diucapkan buat keluarga pelakon dan penyanyi popular sekitar 80-an, Noreen Noor yang dikhabarkan telah kembali ke rahmatullah sekitar 5.50 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Allahyarhamah dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan jenazahnya dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Merlimau, Melaka.

Sebagai rujukan, Noreen Noor merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang berasal dari Singapura.

Sebelum ini Noreen pernah mengeluarkan album sulungnya berjudul, Kepastian yang dirakamkan bersama syarikat rakaman Columbia Broadcast System (CBS).

Antara lagu-lagu popular Noreen adalah Siang Terbayang Malam Merindu serta Usah Diturutkan.

Zed Zaidi

Selain menyanyi, Allahyarhamah juga pernah menceburi bidang perfileman dan lakonan pertamanya berjudul, Talak.

Sumber : Astro Awani

SKIP THIS AD ×