berita

Norish Karman Mohon Maaf Isu Hantar Mesej Kepada Adik Arwah Benjy

July 15th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, adik kepada Allahyarham Benjy iaitu Inessa Irdayanty mendedahkan telah menerima kiriman mesej daripada seorang pelakon wanita yang menuduh keluarganya tidak mengambil berat sepanjang arwah berada di penjara di Medan, Indonesia. Tuduhan yang disifatkan tidak berasas itu seolah-olah memberi gambaran kepada keluarga arwah yang mereka sama sekali tidak menjaga kebajikan arwah sepanjang berada dalam tahanan.

Artikel berkaitan: ‘Kubur Abang Aku Merah Lagi’ – Pelakon Popular ‘Serang’ IG Adik Arwah Benjy, Tuduh Keluarga Tak Bantu

Terbaharu, pelakon wanita yang dimaksudkan itu ialah Norish Karman akhirnya tampil mengaku sebagai individu yang menghantar mesej berkenaan kepada Inessa Irdayanty melalui DM Instagram.

Akui hantar mesej ke adik arwah

Menurut laporan portal berita, pelakon wanita itu telah mengaku menghantar mesej berkenaan kepada adik Benjy sendiri bagi mendapatkan kepastian berhubung kebajikan sepanjang arwah Benjy di sana.

Difahamkan, tujuan Norish Karman menghantar mesej berkenaan kepada Inessa Irdayanty kerana dia terfikir mengenai kebajikan Benjy yang didakwa terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakan tahanan untuk merawat penyakitnya. Susulan itu, Norish Karman memohon maaf sekiranya pertanyaan mesej yang dihantar pada waktu yang kurang sesuai.

Status terbaru Norish Karman

Terbaharu, Norish Karman kelihatan memuat naik satu posting di Instagram seolah-olah memberi respon terhadap situasi yang berlaku. Difahamkan, dia juga terima banyak mesej daripada netizen yang didakwa mengecamnya.

Mungkin saya mula dengan perkataan yang salah. Mungkin salah di waktu yang tidak tepat. Saya memilih untuk bertenang dan bersabar. Itu adalah penyelesaian yang dinilai oleh Allah. Pengesahan dari manusia itu penting sama sekali. Saya akan duduk sambil tersenyum menyaksikan DM yang diterima.

Malah, posting berkenaan juga disertakan dengan tanda pagar #akuDMdiaViralsapesalah, #akudiamdiakomplot #akuygkautikambertubi2 dan #FitnahAkhirzaman dalam memberi bayangan kepada situasi yang dihadapinya ketika ini.

Sumber: Norish Karman

SKIP THIS AD ×