berita

Norish Karman Rugi Besar Disamun

June 26th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

norish

Memang betullah orang kata, malang itu tak berbau. Baru-baru ini pelakon terkenal, Norish Karman telah dirompak oleh sekumpulan lelaki.

Difahamkan ketika kejadian, Norish dan anak-anaknya baru keluar dari lif di tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah di negara ini apabila mereka didatangi tiga orang lelaki warga asing.

Disebabkan itu, anggaran kerugian yang dialami Norish lebih kurang dalam RM10,000 melibatkan wang tunai dan barangan seperti dua buah telefon bimbit serta sebuah iPad. Namun begitu, Norish serta anak-anaknya difahamkan tidak cedera.

Tapi yang peliknya, Norish tidak melaporkan kes samun itu kepada pihak polis sebaliknya cuma memberitahu pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut sahaja.

Sementara itu, jom tengok video penjelasan Norish mengenai kejadian itu.

SKIP THIS AD ×