berita

Norman Yakin Dengan Kekuatan Zizan

September 12th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 11 September 2012, semalam, telah berlangsungnya pelancaran bagi filem ‘”Hantu Kapcai” bertempat di Cineleisure Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Majlis telah dimeriahkan lagi  dengan kehadiran pelakon-pelakon seperti Zizan Razak sebagai peneraju utama, Fizz Fairuz, Izzue Islam, Hairulazreen serta Riz Amin.

Pada dasarnya, filem ini merupakan edaran pihak United Studios Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh KRU Malaysia Sdn Bhd. Filem Hantu Kapcai ini merupakan arahan pertama Ghaz Abu Bakar, yang mana dahulunya Ghaz hanya mengarahkan video klip untuk arti-artis tempatan seperti Kisah Hati, nyanyian Alyah dan Pelangi Senja, Stacy.

Menurut Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim, beliau yakin dengan kekuatan Zizan sebagi peneraju utama filem Hantu Kapcai ini, berdasarkan peminat -peminat yang dimiliki oleh Zizan serta barisan-barisan pelakon yang kuat. Selain itu, menerusi elemen komedi dan jalan cerita yang lebih dekat dengan masyarakat turut merupakan tarikan utama filem ini untuk penonton di Malaysia.

Sewaktu pelancaran filem ini, Norman turut melahirkan rasa kesalnya mengapa kebanyakan filem Melayu tidak mendapat sambutan di Malaysia, sedangkan filem luar negara boleh mencapai sehingga tahap Box Office. Oleh itu, kini Norman sedang mengkaji dan beliau yakin filemnya pada kali ini mampu menarik ramai penonton ke pawagam melalui elemen-elemen komedi dan mesej berguna yang ingin disampaikan menerusi filem ini.

Bagi peminat filem tempatan, jangan lupa untuk saksikan filem “Hantu Kapcai” di pawagam berhampiran anda mulai 27 September 2012 ini. Pesanan Zizan kepada peminat-peminatnya adalah, “Tak sama menonton filem di pawagam dengan di rumah. Di pawagam ada popcorn, ada sound sistem yang kuat, baru boleh layan.”

Jom kita layan trailer filem “Hantu Kapcai” ini :

SKIP THIS AD ×