Berita mengenai perceraian di antara pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman dengan bekas suami dilihat turut memberi kesan terhadap peminatnya.

Artikel Berkaitan: Norreen Iman Sah Bercerai Talak Satu

Artikel Berkaitan: Suami Norreen Iman Perjelas Salah Faham Video Tular ‘Lelaki Jangan Miskin’ – ‘Aku Tak Cakap Isteri Hina..’ 

Norreen & bekas suami

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah, 32, memuat naik foto sejurus selesai urusan perceraian di mahkamah semalam.

Kehidupan saya sejak kebelakangan ini.

Marilah kita saling berbuat baik sesama sendiri.

Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian bekas suami Norreen iaitu Mohd Razzi Abd Razak yang turut meninggalkan komen ringkas kepadanya.

Terima kasih untuk semua memori.

Ibu kepada dua orang anak itu dilihat membalas komen Razzi dengan ucapan penghargaan sebagai suami dan bapa.

Sama-sama Razzi.

Terima kasih kerana menjadi pasangan yang baik dan bapa yang penyayang untuk Ellen dan Eshan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dengan perpisahan Norreen dan Razzi, namun mengagumi sikap mereka yang tetap mengekalkan hubungan baik.

Pada Khamis, Norreen dan Razzi sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Terdahulu, pasangan itu pernah hadir ke mahkamah bagi prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai, namun ketika ditemui media sebelum ini, Norreen menafikan rumah tangganya sedang dilanda masalah.

Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka apabila Norreen dan Raizi dilihat tidak lagi berkongsi foto atau kandungan bersama di media sosial termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Instagram