
Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman meluahkan kerisauan terhadap jemaah di Tanah Suci yang berkemungkinan menghadapi masalah terutama dari segi kewangan selepas berlaku ketengangan di antara Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Pelakon Berbadan Besar Hanya Melawak & Memenuhi Ruang Sesebuah Karya Sahaja’ – Norreen Iman
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Syukur Ada Suami Macam Razzi, Pernah ‘Struggle’ Nak Beli Lampin Anak – ‘Ini Semua Fasa Kehidupan’
Norreen Iman bantu jemaah
View on Threads
Menurut Norreen, agensi hanya menanggung kos tiket penerbangan manakala penginapan dan makanan perlu ditanggung sendiri.
Saya tertanya-tanya sesuatu. Wallahi, hati ini terdetik. Mengenai jemaah yang terkandas di Jeddah dan Madinah buat masa ini, saya ada menonton satu video yang memaklumkan bahawa penginapan mereka tidak ditanggung oleh pihak penerbangan.
Pihak agensi pula tidak mampu menanggung semua untuk mereka, hanya dapat menyediakan tiket penerbangan balik sahaja.
Norreen turut meluahkan kebimbangannya terhadap keadaan jemaah yang berkemungkinan berada dalam situasi tertekan serta serba kekurangan.
Saya terfikir, kalau simpanan mereka sudah berkurang, nak makan, tempat tinggal lagi, ubat-ubatan..sekurang-kurangnya untuk mereka terus bertahan sementara menunggu arahan sampai bila perlu ada di sana.
Kalau ada peluang dapat membantu mereka apa salahnya.
Justeru itu, atas dasar sifat kemanusiaan, Norren atau nama penuhnya, Noreen Iman Abdullah, terpanggil untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat konflik di Tanah Arab itu.
Sekiranya ada yang memerlukan bantuan di sana, saya nak tolong. Saya percaya pasti ada juga yang lain ingin sama-sama membantu.
Tolong bantu saya untuk hubungi mereka. InsyaAllah, kita cuba bantu permudahkan urusan mereka.
Sumber: Threads








