
Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman, tampil berkongsi foto terkini selepas imej baharunya menjadi bualan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: Tular Kembali Video Lama Norreen Iman Merayu Padam Gambar Tak Tutup Aurat
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Tampil Dengan Imej Baru, Rambut Pendek & Berwarna
Gambar dengan anak-anak
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Norreen memuat naik foto pertamanya bersama anak-anak selepas tampil dengan imej baharu tanpa hijab.
Menerusi hantaran yang sama, Norreen dilihat mengenakan baju lengan panjang berwarna merah jambu serta menggayakan potongan rambut pendek dengan kapsyen ringkas.
My rainbow and sunshine.
Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak melepaskan peluang mengulas imej baharu Norreen selepas bergelar ibu tunggal.
Doa netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar pelakon berusia 32 tahun itu terus diberikan hidayah dan kembali istiqamah menutup aurat dengan sempurna.
Sumber: Threads @Norreen143








