Pelakon Norreen Iman berdepan detik tidak dapat dilupakan apabila termakan daging babi ketika berkunjung ke London.
Aku makan babi
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Norreen menyatakan kejadian tidak diingini itu berlaku pada hari pertama dia berada di negara United Kingdom (UK).
Menurut Norreen, dia tidak tahu sandwich yang dibelinya itu mengandungi ‘pork belly’ atau perut babi. Lebih malang lagi, bukan hanya dirinya tetapi suaminya, Razzi juga termakan.
Kejadian di hari pertama sebaik sahaja sampai London! Alamak aku makan babi. Baru hari pertama Norreen, bukan aku ja termakan, dengan Razzi pun termakan sekali!!
Pengajarannya sebelum makan kita tanya orang dulu dan baca di belakang.
Dalam rakaman video tersebut, turut sama sertai ‘trip’ ke London adalah Janna Nick, Dini Schatzmann dan Andi Bernadee.
Tak sengaja boleh dimaafkan
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Norreen menasihati pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu agar lebih berhati-hati sebelum menjamah makanan di negara luar.
Namun, ada juga segelintir netizen yang sempat bergurau bertanya bagaimana rasa termakan daging tersebut.
Bagaimanapun, untuk makluman semua, Allah memaafkan kesalahan yang tidak sengaja dilakukan oleh hamba-Nya termasuk termakan daging babi.
Perkara tersebut ada dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 123;
Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Sumber: Instagram @norreen143, Tribun News