berita

Nota Cinta Si Nenek Pertemukan Zain & Alisa, Memang Sweet Habis!

February 14th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Setiap orang mesti ada pengalaman tersendiri bila terkait hal cinta kan? Tak kisahlah ianya indah, kelakar atau meninggalkan luka sekalipun tapi mesti ramai yang setuju kalau hidup dorang lebih bermakna bila ia dihiasi kisah cinta.

Macam tu jugalah kisah si Alisa yang tekad untuk membawa diri dari ibu sendiri sebab ibunya jenis yang tak percaya akan cinta.

Tapi kejap siapa Alisa ni? Haa.. Alisa sebenarnya adalah watak yang dibawakan Sharifah Rose dalam drama TV3 terbaru terbitan Orangetree bertajuk 3 Nota Cinta!

Ni bukan cerita cinta tipikal tau!

3 Nota Cinta menggandingkan Sharifah Rose dan Ashraf Muslim sebagai teraju utama. Amacam? Teruja tak bila tahu Ashraf Muslim antara pelakon utama? Jangankan korang kami sendiri pun excited sebab rasanya dah lama kita tak tengok Ashraf Muslim membintangi drama bersiri kan?

Dalam 3 Nota Cinta ni Ashraf memegang watak sebagai Zain yang membantu Alisa menterjemah nota cinta milik neneknya.

Ceritanya nota-nota cinta ni dulu ditujukan khas buat nenek Alisa dalam bahasa jawi tapi sekarang Alisa pula yang nak tahu akan isi kandungan nota tersebut untuk dijadikan panduan bagi mencari cinta sejati sekaligus menyangkal tanggapan ibu Alisa yang tak pernah sependapat dalam hal cinta ni.


Tapi macam mana agaknya Zain boleh mula kenal Alisa ni dan dapat ke mereka buktikan pada Ibu Alisa yang cinta sejati sebenarnya wujud? Kalau nak tahu korang kena lah tengok sendiri geng. Takkan semua benda kami nak cerita kat sini, tak bestlah kan.

Apa yang kami jamin 3 Nota Cinta ni bukanlah kisah cinta klise yang mudah untuk korang agak jalan ceritanya. Ia sarat dengan pelbagai konflik termasuklah konflik keluarga diantara Alisa, ibu dan adik-beradik Alisa.

3 Nota Cinta turut dibintangi Afifah Nasir, Salina Saibi, Zila Bakarin, Muaz Fitri, Jasper Supayah, Jalaludin Hassan dan Aznah Hamid. Bermula 14 Februari nanti korang boleh layan 3 Nota Cinta jam 7 malam di slot Akasia TV3 atau pada hari yang sama jam 8 malam di iQiyi!

Ahli VIP antara yang terawal dapat tonton drama ni di iQiyi!

Istimewa untuk ahli VIP iQiyi korang berpeluang untuk strim 3 Nota Cinta dalam masa sejam sahaja selepas siaran TV tau! Untuk ahli biasa pula korang masih boleh menonton kandungan ni secara percuma selepas tempoh 48 jam.

Tapi geng apa kata korang langgan je iQiyi VIP terus sebab bulan pertama langganan korang hanya perlu bayar RM1.90 je! Murah teruk kot!

Sebagai ahli VIP korang bukan je dapat akses awal untuk strim kandungan terpilih tapi korang juga dapat tonton kandungan di iQiyi dalam Full HD (Blu-ray 1080P) dengan sistem bunyi Dolby Atmos! Terus feeling macam tengok wayang ya!

Paling best korang boleh skip iklan! Jimat masa geng korang boleh terus tengok kandungan pilihan korang tanpa sebarang gangguan.

iQiyi  boleh dimuat turun melalui App store dan juga Google Play Store ataupun korang boleh terus ke laman web rasmi mereka di SINI.

Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×