

Pelakon Iqram Dinzly berkongsi nukilan sebagai penghormatan terakhir buat Akiko Okumura iaitu isteri kepada sahabatnya, Ridzuan Ridzokumura.
Artikel Berkaitan: ‘Sky Kata Kenapa Tuhan Ambil Mak Dia Masa Umur Dia 13 Tahun’ – Ridzuan Ridzokumura
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Akiko Dah Jaga Saya & Sky Dengan Terlalu Baik, Tak Ada Orang Boleh Buat Macam Tu’ – Ridzuan Ridzokumura
Nukilan Iqram Dinzly

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 44, akui terkilan kerana tidak dapat bersama tatkala sahabatnya itu kehilangan insan tersayang, Allahyarhamah Aishah Binti Abdullah.
Namun, Iqram berkata dia tetap berusaha untuk menghadiri upacara pengebumian Allahyarhamah Akiko selepas selesai penggambaran.
Saya bersyukur diizinkan Allaah bersama awak dan Sky menyambut jenazah masuk ke liang lahad yang sudah lama saya merinduinya.
Saya hormati dan sanjungi peradaban yang tinggi sebagai seorang isteri yg taat setia pada suami.
Dalam kesempatan itu, Iqram menyifatkan Akiko seorang wanita yang memiliki peradaban tinggi sebagai isteri dan ibu.
Dikwan (panggilan Ridzuan), saya cuma boleh katakan awak adalah insan yang bertuah Allah kurniakan pinjaman insan ‘bidadari dunia dan syurga’ yang setia korbankan segalanya demi cintanya terhadap suami dan anaknya.
Kesopanan dan kesusilan beliau meletakkan adab dan akhlak yang tinggi sebagai seorang wanita, isteri dan ibu itu tiada tolok bandingannya malah semakin pupus dek akhir zaman yang tiada batasannya.
Sosok yang dirindui ramai
View this post on Instagram
Tambah Iqram lagi, dia yakin bahawa Ridzuan akan terus bangkit dan meneruskan kehidupan bersama anak mereka, Sky Tyzo Okumura.
Saya respect atas ketabahan dan kesungguhan awak dalam melayari bahtera rumah tangga dengan berkongsi kebahagiaan privasi famili sehingga menjadi inspirasi dan ramai yang terhibur dari duka lara melihat telatah 3 beranak bersama.
Iqram turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang mengenali Akiko, selain menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang yang beradab tinggi serta penuh rasa hormat terhadap orang lain.
Sumber: Instagram Iqram Dinzly








