berita

Nur 2 Makin Berhantu, Lebih Drama & Sarat Dengan Konflik!

April 12th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Related image

Siapa kat sini peminat drama Nur arahan  Shahrulezad Mohameddin yang pernah jadi fenomena pada tahun lepas? Punyalah popular Nur ni sampai trending nombor 1 di media sosial dan mencatat sehingga 9 juta penonton dan 1.9 juta tontonan digital tau. Wow!

Berkesinambungan dari kejayaan drama Nur yang pertama, Nur 2 kembali dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan dan confirm akan buat penonton beremosi!

Haa..sempena Nur 2 yang dah pun bersiaran ni, jom kita flashback sikit babak-babak penting dalam Nur yang meninggalkan kesan kat korang.

Sihir sup bunjut!

Scene ni memang epik sampai jadi trending di media sosial. Ala.. babak bila Aisyah tuduh Nur cuba sihirkan Adam dan keluarganya melalui masakan tu. Kononnya, Nur meletakkan alatan sihir tu dalam sup yang dimasaknya.

Punyalah nak buktikan yang Nur ni bersalah, Aisyah pun celup tangan dia dalam sup dan keluarkan “alatan sihir” yang sebenarnya adalah sup bunjut! Memang kelakar habis, nampak sangat Aisyah ni tak pernah masuk dapur. Kan dah malu sendiri!

Hamadi nak perkosa Nur..

Siapa yang tengok drama Nur ni mesti akan bengang kat Hamadi. Bayangkanlah, waktu siang, salah gunakan duit tahfiz, malam pulak, sibuk melanggan perempuan lorong.

Sampai pernah nak diperkosanya Nur. Dia ni memang syaitan bertopengkan manusia!

Adam ceraikan Nur sebab disihir..

Babak ni, admin paling sedih. Adam tiba-tiba je bersikap dingin dan macam benci kat Nur yang tak bersalah apa-apa. Perangai pelik Adam ni buat Nur serba salah dan berkecil hati.

Bila Nur mintak penjelasan Adam, Adam mengamuk dan akhirnya lafazkan talak satu kepada Nur. Kesian Nur..

Sebenarnya ada banyak lagi babak penting dalam drama Nur ni, tapi ini antara yang paling penonton ingat sampai sekarang. Eh..dengar cerita, Nur 2 ni lagi berhantu!

Nak tahu kenapa korang tak boleh miss tengok Nur 2?

Kalau Nur musim pertama pun dah jadi fenomena, Nur 2 ni khabarnya lagi gempak! Mana taknya, lepas Adam dan Nur dah berbaik, muncul pulak orang ketiga yang menggangu rumah tangga diorang iaitu Juita.

Juita ni kawan baik Nur tapi punyalah dia angau kat Adam sampai sanggup nak jadi isteri kedua dan buat macam-macam plan semata-mata nak rosakkan hubungan Nur dan Adam.

Juita ni jahat dia bukan biasa-biasa ye. Dia ni memang hardcore. Bayangkanlah, pura-pura baik dengan Nur padahal, suami kawan baik sendiri pun dia nak rampas! Memang korang kena tengok sendirilah kelicikan si Juita ni. Geram weh tengok perangai dia!

Si Hamadi pulak, lepas dah bebas dari penjara, perangai dia masih tak berubah dan makin naik tocang! Pantang nampak Nur seorang diri, mesti nak kacau. Tapi, Nur dah tak macam dulu dan makin berani melawan!

Image result for nur 2

Oops..sampai situ je kitorang boleh share kat korang tentang Nur 2 ni. Yang penting, Nur 2 ni memang lebih menarik serta sarat dengan drama dan konflik! Korang rasa apakah kesudahannya? Adakah Nur dan Adam akan bahagia? Berjayakah Juita merebut Adam? Apakah balasan yang akan menimpa Hamadi dan Juita?

Kalau nak tahu, jom sama-sama tonton Nur 2,  yang sudah mula ditayangkan di TV3, setiap Isnin hingga khamis, jam 10 malam. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×