Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz tampil menjelaskan mengenai gaya pemakaian tudungnya yang menampakkan leher dan dagu.

Artikel Berkaitan: Nur Nilam Dah Buang Silikon Di Hidung, Rancang Nak Buang Tatu Pula – ‘Sekurangnya Allah Lihat Usaha Saya’

Artikel Berkaitan: Adik Nur Nilam Ortiz Dakwa Bakal Madu Datang Serang Di Rumah – ‘Nasib Baik Waktu Itu Saya & Abang Azlan Ada’

Dagu belum sembuh

Menerusi hantaran di TikTok, Nur Nilam memberitahu, dia terpaksa memakai tudung dengan cara begitu disebabkan keadaan dagunya belum lagi sembuh sepenuhnya selepas melakukan pembedahan.

Maaf ya orang suci, saya terpaksa pakai tudung macam ini untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi.

Tak boleh kena pin atau bergesel dengan kain lagi, tapi saya nak juga pakai tudung.

Dalam pada itu, Nur Nilam juga berharap segelintir netizen berhenti menyamakan imej tudungnya seperti firaun.

Janganlah cakap saya pakai tudung macam firaun, kafir dan sebagainya, alahai penat lah saya macam ini.

Sebelum ini, Nur Nilam mendedahkan sudah membuang silikon di bahagian hidung dan dagunya.

Sumber: TikTok