Usahawan, Datin Seri Nur Shahida menyangkal kenyataan pengarah, Dr. Ahmad Idham yang mendakwa premis perniagaan miliknya yang terletak di Kota Damansara menjadi punca kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Papa Mengamuk, Jangan Pegang Anak Perempuan Aku’ – Shahida Kongsi Insiden Raudhah Bergurau Dengan Pengurus Lelaki

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Sebak Kongsi Kisah ‘Broken Family’ Suami, Aliff Syukri Pesan – ‘Gaduh Macam Mana Pun Jangan Cerai’

‘Kawasan tak bertamadun’

Menerusi hantaran di Threads, Shahida menjelaskan bahawa dia sudah lama menjalankan perniagaan di lokasi tersebut sejak lebih sedekad lalu, malah merupakan antara individu terawal yang beroperasi di situ.

Abang (Ahmad Idham) yang saya hormati, janganlah cakap kawasan wisma saya ini kawasan tak bertamadun.

Saya dekat wisma ini sejak tahun 2015 dan ini adalah bangunan yang saya beli sendiri, lima lot semuanya. Saya orang pertama pindah di sini.

Banyak lagi perniagaan yang dijalankan di sini seperti kedai cuci kereta, kedai jual jubin dan macam-macam lagi. Sebelum ini pun pernah ada restoran di sini.

Tambah isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri itu, kawasan berkenaan sememangnya merupakan zon perindustrian yang menempatkan pelbagai jenis perniagaan.

Kalau ikutkan, sini pun bukan kawasan sesuai untuk buat sekolah. Sini kawasan perindustrian. Bangunan depan pun ada MBPJ yang selalu ada pelanggan.

Terdahulu, Ahmad Idham menerusi beberapa hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila kawasan sekitar wisma milik pasangan usahawan itu menjadi tumpuan orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Walaupun tidak menyebut secara khusus nama mana-mana premis, salah satu perniagaan yang beroperasi di kawasan tersebut dipercayai milik Shahida dan Aliff.

Dalam salah satu komen balasnya, Ahmad Idham turut berpendapat kawasan berkenaan tidak sesuai dijadikan lokasi jualan yang mampu menarik kehadiran ramai pelanggan kerana berpotensi mengganggu aliran trafik setempat.

Sumber: Threads