Personaliti media sosial, Nurin Lofa, menyorot perhatian apabila mendedahkan jumlah pendapatan yang diterimanya dalam tempoh sebulan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurin Lofa Kembali Bergelar Isteri, Terima RM44k Wang Hantaran Daripada Suami

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Nurin Lofa Mahu Tinggalkan Kerjaya Deejay Kelab Malam – ‘Saya Dah Tak Ada Jiwa Di Situ’

Gaji sebulan macam setahun

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Nurin dilihat memperoleh pendapatan melebihi RM100,000 sebulan hasil usaha menjalankan perniagaan affiliate menerusi akaun TikTok miliknya.

Pada hantaran tersebut, Nurin sertakan kapsyen ringkas yang memberi bayangan bahawa dirinya berada pada tahap berbeza berbanding individu lain yang rata-ratanya menerima pendapatan empat hingga lima angka pada usia muda.

Aura kita berbeza.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Nurin sebagai pempengaruh yang rajin berusaha walau apa jua ujian yang sedang menimpanya.

Selain itu, warganet turut berharap agar dapat mempelajari cara membuat duit menerusi jualan dalam talian sekali gus meraih pendapatan lumayan.

Sumber: TikTok @nurinlofa